Wah, vogue betul bakal nenek ni. Tahniah kami ucapkan kepada keluarga Krisdayanti.
同時也有26部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe! http://budiey.com - Visit My Blog! http://fa...
「politik indonesia」的推薦目錄:
- 關於politik indonesia 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於politik indonesia 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於politik indonesia 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於politik indonesia 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於politik indonesia 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
- 關於politik indonesia 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
politik indonesia 在 Facebook 的最佳貼文
Sejak ditubuhkan pada 5 Februari 2014, kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) telah banyak mengendalikan kes-kes muallaf yang dipukul keluarga, dihalau keluarga kerana memeluk Islam.
Kami juga telah banyak mengendalikan kes pengistihyaran status agama di Jabatan Mufti Selangor, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Perak, Jabatan Agama Islam Pahang selain dari kes-kes murtad di pejabat kami sendiri.
Ratusan jikalau bukan ribuan kes telah kami kendalikan. Kami di MRM tidak begitu memfokuskan kebajikan tetapi kami masih terlibat dalam kes-kes kebajikan. Sepanjang pandemik COVID19 dari Mac 2020 sehingga kini, jutaan ringgit hasil sumbangan masyarakat telah kami belanjakan untuk beberapa inisiatif kebajikan.
Walaupun sumbangan dakwah ini tidak besar. Ia hanya sekelumit jika dibandingkan dengan usaha orang lain tetapi saya bersyukur kerana ia memberikan impak kepada masyarakat.
Allah memberikan rezeki kepada saya menerima Tokoh Maal Hijrah Dakwah Pulau Pinang 2019, 10 Calon Terbaik Anugerah Tokoh Dakwah Negara 2015 di bawah kerajaan BN, Duta Rahmah pada 2019 di bawah kerajaan PH, Ikon Dakwah YADIM di bawah kerajaan PN pada 2020.
Kerajaan di bawah pakatan politik berbeza memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab.
Saya tahu saya tidak layak menerima semua ini, ia terlalu besar bagi saya. Tetapi menerimanya menjadikan saya lebih bersemangat untuk berbakti lebih gigih kepada agama dan masyarakat. Saya akan terus menerus berusaha memberikan khidmat kepada agama yang saya cintai ini.
Allah Subhana Wa Ta’ala juga memberikan peluang kepada kami untuk menyebarkan mesej Islam di Singapura, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Kemboja, Filipina, Hong Kong, Macau, China, Qatar, Arab Saudi, Bahrain, UK, Belanda, Sydney, Perth, Melbourne, Mesir, Uganda, Zambia, Zimbabwe, Botswana, Afrika Selatan, Tanzania, Peru & Colombia.
Kami bersyukur kerana sepanjang 7 tahun penubuhan MRM, Allah Subhana Wa Ta’ala telah mengurniakan hidayah kepada lebih 1,000 individu untuk memeluk Islam bersama dengan kami dalam atau luar negara.
Alhamdulilah. Semuanya dengan sokongan & sumbangan dari masyarakat yang ingin menjana saham akhirat.
Demi Allah, saya dan pasukan MRM tidak mempunyai agenda peribadi dalam usaha kami. Kami hanya hamba Allah yang cintakan kebenaran. Walaupun adakalanya mempertahankan kebenaran itu pahit dan berat, kami tetap pertahankannya kerana mencari nama dan kemasyhuran bukanlah tujuan utama kami.
Jika sekiranya kami terkorban di jalan ini pun, moga ia dikira sebagai amal soleh kami. Kami sentiasa berdoa agar Allah sentiasa kurniakan kami rezeki berada bersama kebenaran.
Kami sedar mengajak kepada kebaikan tidak sama ujiannya dengan mencegah kemungkaran. Adakalanya mencegah kemungkaran itu dilihat seperti orang jahat. Namun kita semua perlu sedar bahawa agama ini adalah agama kita semua. Kita mahukan agama ini menjadi panduan kita.
Kita pastinya tidak rela jika agama kita dihina atau ditunggang semahunya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Prinsip kami mudah, yang betul itu kita sokong walaupun dari mereka yang kita tidak suka dan salah itu tetap kita cegah walaupun diri sendiri dan ahli keluarga yang melakukannya. Bekerjasama dengan sesiapa pun tanpa mengira fahaman politik demi kepentingan agama dan ummah.
Sepanjang 7 tahun penubuhan MRM, kami telah membongkar banyak pergerakan di Malaysia yang bercanggah dengan perlembagaan negara ataupun Islam seperti kumpulan pengganas LTTE, kultus Kristian dari Korea seperti Unification Church, HWPL, missionari dari Amerika serta menjawab tohmahan terhadap Islam & banyak lagi.
Kami juga mengendalikan kes-kes keganasan domestik dan kebajikan wanita. Memandangkan kami semakin banyak menerima kes-kes keganasan domestik dan kebajikan wanita, maka kami mula bekerjasama dengan The International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) & kemudian Allah memberikan idea untuk kami mewujudkan Sayap Wanita MRM pada bulan Mei 2021.
Akhirnya, Sayap Wanita MRM dilancarkan pada Jun 2021 & kami tidak menyangka, pelancaran Sayap Wanita MRM menerima respon yang sangat baik dari masyarakat sehingga tidak menang tangan kami untuk membantu mangsa-mangsa secara PERCUMA dengan kerjasama pihak berwajib.
Namun, trend kes-kes yang dirujuk kepada kami pada waktu itu menjurus kepada satu persamaan iaitu ‘sexual grooming’ & sexual predators’!
Ya Allah, persaksikanlah sedikit daripada usaha kami ini.
InshaAllah akan bersambung beserta PENGUMUMAN PENTING ESOK!
Subscribe Telegram Channel : https://t.me/brofirdauswong
politik indonesia 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 40)
INDONESIA - HARIMAU TIDUR
Negara luar pertama saya terbang selepas PhD adalah Indonesia. Di waktu pagi selepas solat Fajar sekitar jam 5 pagi, saya melihat dari bilk hotel kumpulan ramai manusia keluar bekerja mencari rezeki sama seperti burung2 meninggalkan sarang di awal pagi. Saya teruja dengan semangat kerajinan rakan2 di sana.
Indonesia juga antara negara yang saya selalu ziarah sampai sekarang. Setiap kali saya ke sana, ada sahaja kenalan baru & idea baru daripada idea mikro kepada idea pesawat baru (pertemuan dengan anak bekas Presiden Habibi di rumahnya di Jakarta).
Selepas berseminar atau bermesyuarat, saya akan berada di tengah2 pusat kota. Semua orang rajin bekerja. Kerajinan adalah ekuti atau modal paling mahal. Kalau dah malas & memilih bentuk pekerjaan, susah nak berjaya. Dalam jammed yang teruk (manchit) samada di Jakarta atau Surabaya atau Bandung atau Bogor, semuanya tenang sekali. Horn kereta tak didengari. Sabar & tolak ansur amat tinggi melambangkan budi.
Di TV, perbincangan isu masyarakat termasuk politik terbuka & bebas. Menghiburkan. Mereka pandai berinteraksi dalam kepelbagaian. Di waktu malam bila tidak ada program, saya suka melihat di kaca2 TV isu debat masyarakat. Malah orang awam bila diinterview boleh berbicara dengan baik.
Beberapa tahun lepas, saya berada di Jakarta & melepasi bangunan Parlimen. Ramai penunjuk perasaan.
"Bapak, kenapa ribut?" tanya saya kepada supir teksi.
"Ah...parlimen sedang berdiskusi isu keperlembagaan. Rakyat ngak puas hati. Perlembagaan Indonesia sudah ada keputusan dalam banyak provisinya," jawab beliau kepada saya sambil menyebut artikel2 tertentu.
Saya kagum & kaget.
Yang paling best ialah makanan di sana. Saya memang kaki makan. Semua jenis makanan saya rasa. Kaya dengan menu makanan sesuai dengan kepelbagaian rumpun.
Saya sudah kagum dengan Indonesia sejak tahun 1995. Saya sudah ada prediksi sendiri. Dewasa ini, prediksi saya semakin tepat. Indonesia sudah jumpa resepi kejayaan. Ekonomi geografi & demografi.
Penerbangan & perjalanan saya ke Indonesia boleh ditulis sebuah buku. Pengalaman saya mengajar anak2 Indonesia di UIA juga satu testimoni.
MDB
politik indonesia 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!

politik indonesia 在 Budiey Channel Youtube 的精選貼文
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!

politik indonesia 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
