Allahuakhbar.. sebak rasanya bila lihat anak kecil di Bangladesh dapat minum Air yg bersih, minum sambil di perhatikan kawan kawan, agaknya hati mereka berkata bila lah giliran aku pula nak minum? Sedih kan.. kita di Malaysia cukup semua nikmat air , sampai ada yg membazir air buka paip tak reti nak tutup , guna berlebihan, sedangkan mereka di sana hidup daif, Air perigi yang kami wakafkan ini lah mereka akan buat mandi, ambil wuduk, dan kegunaan harian mereka, sesiapa berminat nak wakaf perigi Al Wadi , boleh contact Puan Suzi 0163965821, mereka wakafkan untuk beberapa negara lain juga, 1 kepala RM60 sahaja, insha Allah.. moga segala amal jariah kita pahalanya mengalir terus selagi mereka mengunakan Air tersebut. Walaupun kita telah meninggal dunia.
同時也有16部Youtube影片,追蹤數超過105的網紅SITI NURSARA,也在其Youtube影片中提到,IG @SitiNurSara Guide: @capixcermin @dnlazzn . Gua Kelam 2 dan Gua Kelam berada dalam kedudukan bukit yang sama, tetapi ianya mempunyai laluan dalam...
「kepala negara malaysia」的推薦目錄:
- 關於kepala negara malaysia 在 Facebook 的精選貼文
- 關於kepala negara malaysia 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
- 關於kepala negara malaysia 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於kepala negara malaysia 在 SITI NURSARA Youtube 的最佳解答
- 關於kepala negara malaysia 在 Namewee Youtube 的最佳解答
- 關於kepala negara malaysia 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
- 關於kepala negara malaysia 在 Jokowi Jadi Kepala Negara Pertama yang ... - YouTube 的評價
- 關於kepala negara malaysia 在 Jokowi Jadi Kepala Negara Pertama yang ... - YouTube 的評價
- 關於kepala negara malaysia 在 Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang ... 的評價
kepala negara malaysia 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
Dalam perbincangan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, lawatan ke Hospital Pulau Pinang serta perkara yang diputuskan bersama YAB Ketua Menteri, Chow Kon Yeow 曹觀友, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa perkara bagi menguruskan pandemik yang dihadapi di negeri ini sekarang.
Antara yang telah diputuskan termasuklah vaksinasi kepada kira-kira 130,000 remaja di Pulau Pinang yang akan bermula pada hujung bulan ini dan diharap selesai sebelum pembukaan sesi persekolahan tahun hadapan. Keutamaan vaksinasi akan diberikan kepada remaja yang menghadapi tahun peperiksaan akan datang.
Pulau Pinang juga dilihat menghadapi masa kritikal dalam tempoh tiga minggu akan datang sebelum kesan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dapat diperoleh, justeru beberapa strategi vaksinasi akan dilaksanakan.
Dengan masih terdapat kira-kira 10 peratus penduduk dewasa negeri ini yang belum mendapat suntikan dos pertama mereka, maka pendekatan ‘mop up’ akan dilakukan seperti program jangkau luar komuniti rumah ke rumah bagi mempercepatkan usaha ini.
Selain itu, perkhidmatan 'walk-in' di 10 pusat pemberian vaksin (PPV) untuk golongan dewasa di negeri ini sekarang akan diperluaskan kepada warga asing seperti dilakukan di Lembah Klang sebelum ini.
Bagi keluarga yang tinggal di rumah-rumah yang tidak kondusif untuk menjalani kuarantin setelah dijangkiti COVID-19, kita dapati terdapat keengganan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) kerana mahu selesa di rumah. Ini menimbulkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga mereka serta jiran-jiran yang sihat dan mereka diseru untuk menjalani kuarantin di PKRC.
Akibat bebanan COVID-19 juga, terdapat penangguhan ke atas pembedahan-pembedahan penting ke atas pesakit-pesakit di hospital awam negeri ini. Oleh itu, KKM bersedia menyewa dewan-dewan pembedahan hospital swasta bagi menyegerakan pembedahan yang tertangguh, yang akan dilaksanakan oleh doktor-doktor kerajaan. Ini membolehkan pembedahan penting dalam kes berkaitahn COVID-19 dilakukan dengan segera.
Selain itu, bagi mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan awam negeri ini KKM juga akan:
-Menghantar 200 kakitangan terdiri daripada doktor, pembantu perubatan dan jururawat ke Pulau Pinang dari negeri-negeri lain.
-Mendirikan hospital medan dengan 100 katil tambahan di perkarangan Hospital Pulau Pinang
-Menambah 10 katil ICU Modular dengan kadar segera di Hospital Kepala Batas.
-Merancang pemberian alat pengesan oksigen dalam darah (oxymeter) kepada keluarga yang memerlukan bagi memudahkan pemantauan keadaan pesakit COVID-19 menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Saya berharap usaha ini dapat membantu meringankan bebanan para petugas barisan hadapan KKM yang membanting keringat menghadapi pandemik ini. Semoga kita semua dapat terus memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi bukan sahaja bagi mengelakkan tekanan ke atas sistem kesihatan negara, tetapi lebih penting demi kesejahteraan diri serta keluarga tercinta.
kepala negara malaysia 在 Facebook 的最讚貼文
Taliban tu jahat ke baik?
Al kisahnya, Ketika Malaysia negara Islam bertukar Kerajaan secara aman, di Afghanistan juga negara islam sekarang ini sedang bertukar Kerajaan, beribu-ribu orang awam mati termasuk kanak kanak waktu perang rampasan kuasa, dan dengar berita airport sesak sebab beribu ribu rakyat lari takut dengan pemerintahan Taliban.
Ketakutan rakyat mereka berasas, atau ada unsur ‘keabsahan’ kerana zaman pemerintah Taliban dulu, banyak kisah tak elok kita dengar, ingat kisah Malala?
Al kisahnya, pada tahun 2012, ada tentera Taliban yang tahan bas sekolah, lalu dengan senapang di tangan telah naik bas yang membawa budak budak perempuan, dan mencari pelajar yang bernama Malala, jika tidak ada yang mengaku, beliau akan tembak semua pelajar dalam bas itu. Pihak Taliban itu juga bersumpah nak membunuh ayah kepada Malala jika tak menyerah diti.
Kemudian dengan penuh keberanian, berdirilah seorang gadis berusia 15 tahun, mengaku dirinya Malala, lalu serta merta Malala ditembak dua das, satu di leher dan satu di kelapa.
Kenapa Taliban marah sangat kepada Malala?
Ini adalah kerana Malala menulis kisah bencana di sekolahnya dalam blog yang boleh di baca oleh semua orang, tajuk karangan Malala pula bukan “banjir di sekolah saya" macam tugasan kita kat sekolah dulu, tapi kisah ngeri berjudul "Taliban di sekolah saya", yang mana Malala share kisah betapa susahnya nak pergi sekolah sebab sekatan dari Taliban untuk budak perempuan belajar macam lelaki.
“tak benarkan ke sekolah satu hal, tapi diroboh pula sekolah apa kejadah?”
Begitulah lebih kurang petikan luahan perasaan Malala di blognya.
Tapi umur beliau panjang, lepas koma kena tembak, keajaiban berlaku, Malala dihantar ke sebuah hospital dan sembuh sepenuhnya.
Jadi Cerita Malala ni memang heboh seluruh dunia, dan dengan berkuasanya Taliban di Afghanistan, maka ramai orang perempuan di sana share dimedia sosial, betapa mereka susah hati sebab hak Wanita akan hilang katanya, mereka akan mati kena bunuh lepas ni, mereka akan kena kurung, tak boleh kerja, tak boleh sekolah.
Lepas tu keluar berita Taliban janji, akan benarkan bersekolah. Namun banyak berita tersebar Taliban dah ulang balik perangai lama, buat rakyat lari tinggalkan negara.
Jadi.., balik pada tajuk: Taliban ni baik ke jahat?
Sungguh Takdir Allah malam tadi, baca Taklim dengan anak bini, baca hadis yang menjawab soalan ini, Alhamdulillah.
Maha suci Allah, yang takdirkan saya baca hadis ini seterusnya menjawab soalan: Taliban baik ke jahat?
Hadis tu berbunyi begini:
Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah S.A.W telah masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T (3) tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan (2)dua perkara sahaja dan (1) satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana . Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka, Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan.
Habis baca anak terus tanya, “Kenapa Allah tolak 1 dari 3 doa Rasulullah?”
Anakku,
Bab orang islam bila miskin, atau lapar, atau susah, dan bila mereka berdoa untuk dapat bantuan, maka Allah boleh takdirkan bantuan sampai, sama ada mereka jadi kaya, atau orang kaya datang bantu, itu yang sedang berlaku zaman Covid ini, orang islam susah, dan ada orang datang bantu, doa Nabi yang pertama telah makbul.
Bab kedua, jika berlaku bencana kemarau, orang islam pun doa, maka Allah boleh takdirkan bantuan sampai, sama ada kemarau hilang, atau orang kaya datang bantu, rujuk zaman Covid, orang islam solat hajat minta bantuan, tak sampai setahun, Allah bagi ilham pada manusia temukan Vaksin, Alhamdulillah, doa Nabi yang kedua telah makbul.
Doa ketiga, Nabi nak Allah halang orang islam buat jahat, Nabi nak Allah halang orang islam bergaduh, maka doa ini Allah tak makbul sebab dunia ini darul asbab, iaitu Allah bagi peluang siapa sahaja nak buat apa apapun boleh, nak buat jahat boleh, nak buat baikpun boleh. Nak bergaduh boleh, Nak berdamaipun boleh.
Sebab tu dalam dunia ini, ada orang islam yang baik, dan ada orang islam yang jahat. Ada orang islam selamatkan maruah Wanita, ada juga orang islam rogol pelajar, rogol anak, bunuh orang, hingga orang kafir datang tanya saya:
“Kenapa Allah tak halang ustaz rogol budak? Kenapa orang islam bergaduh? Allah tak boleh halang ke orang islam bila bergaduh? Kenapa ada orang islam merompak? Allah tak boleh lumpuhkan tangan ke? Allah lemah ke?
Okey, Bayangkan doa Nabi makbul, Allah akan halang orang bergaduh, tapi orang kafir mahu, halang semua kejahatan, okey, bayangkan Allah halang orang dari buat jahat seratus peratus, bayangkan dunia macam tu?
Bayangkan orang terpandang Wanita cantik, tiba tiba buta, orang nak pergi rogol, tiba tiba mati pucuk, orang nak mencuri tiba tiba lumpuh, orang tidur masuk waktu solat, tiba tiba malaikat kejut, angkat, dan dirikan suruh solat. Orang nak tambah makan, tiba tiba pinggang terbalik sebab dah makan lebih dari had?
Best ke hidup macam tu? Jadi robot? semua orang buat baik sahaja sebab jika buat silap, tangan jadi keras, kaki jadi lumpuh, mata jadi buta? nak macam tu? tiada peluang taubat? buat salah terus terhukum?
Apa jadi jika hidup macam tu? Tak ada kebebasan memilih? Semua kena ikut program macam robot?
Dunia ni Darul asbab, Semua pilihan hidup Tuhan benarkan, nak makan babi pun Tuhan tak lumpuhkan mulut, nak berzina Tuhan tak terus potong kemaluan, Nak minum arak Tuhan tak terus ulser kan mulut, perempuan nak seksi takde tiba tiba kena sopak, takde! Orang nak bergaduh takde tiba tiba lumpuh, takde!
Saya ulang, semua Kejatan serta kebaikkan Tuhan Izinkan sebab dunia ini darul asbab, tapi ingat, hidup ini ujian. semua perbutan itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Nak Beragama pun macam macam pilihan manusia buat, dan Tuhan tak terus halang, ada yang sembah batu, sembah kayu, sembah anak Tuhan, sembah duit, tak sembah apa apapun ada, tiada yang tiba tiba tak percaya tuhan jadi gila, takder, tapi ingat, hidup ini ujian, semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka perkara yang sama dalam jenayah, nak bunuh orang, nak rogol, nak mencuri, ustaz buat jahat, artis rogol peminat, usyaz raba followers, serta ORANG ISLAM BERGADUH, semua tu takde tiba tiba lumpuh atau kena sawan, korang boleh bebas buat jenayah sana sini, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi indah dengan pelbagai pilihan baik, Indah macam Malaysia mungkin? Tukar Kerajaan tanpa tumpah daarah, negara islam juga.
Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi neraka dengan pelbagai pilihan buruk, Negara sedang berperang contohnya, nak buat jahat sangat senang waktu perang.
Tapi ingat, adil ini bukan di dunia, adil itu di akhirat, siapa buat baik besar kepala mancis pun Allah akan balas, buat jahat besar kepala mancis pun Allah akan tuntut! Ingat tu!
Doa Nabi di tolak itu nak bagitahu, bahawa Tuhan tak kawal manusia macam robot, Tuhan cipta manusia dengan kuasa memilih, bagi akal, bagi fikiran, bagi nafsu, dan dengan akal fikiran semua manusia sangat percaya negara terbaik adalah Negara yang ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah. Tapi Bila Allah bagitahu akhirat nanti ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah, tak nak terima pulak? Adohai..
Hari ni bila Hitler bunuh sejuta Yahudi termasuk wanita dan kanak kanak lepas tu Hitler pergi bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi mahkamah Akhirat ada sedia menanti.
Hari ni jika anak kecik kita kena culik dengan ustad jahat, lepas tu dia liwat dan rogol, lepas tu dia tanam mana mana, lepas tu dia bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi akhirat, ustad tu tak boleh lari sebab Mahkamah Allah sangat adil.
Hari ni jika orang tak bayar hutang kita, hingga kita hidup susah dan melarat, dan orang tu kita tak tahu lari ke mana, nampak macam dia lepas mahkamah dunia tapi dia tak akan dapat lari dari mahkamah akhirat, itu pasti! dan itulah keadilan!
Hari ni kita fitnah orang mencuri dan merompak, kita bagi bukti palsu, kita jaja cerita, kita susahkan dia naik turun mahkamah, kita rampas harta dia sebab kita tuduh dia mencuri, dan akibat fitnah kita, dia terpaksa kena naik turun mahkamah bertahun tahun sebab fitnah kita, tiba tiba kita mati kena Covid,
Nampak macam kita dah Berjaya susahkan dia, tapi Akhirat menanti, Mahkamah Allah ada menanti, dan dosa susahkan orang, Allah bagi orang tu sendiri nak ampunkan ke tidak, itu yang merangkak di akhirat nanti sebab penat minta maaf.
Dan orang orang yang sedang memperokol olokkan Islam, hina Allah, kutuk agama islam, tapi masih kekal sihat, dapat makan, belum lumpuh, juga masih boleh melihat kerana Allah sangat rasional dan memberitahu tahu dalam Al quran, mereka akan diberikan tempoh (untuk enjoy) dan dikirimkan utusan. (untuk menegur)
Dan jika hina pulak utusan Allah, tidaklah terus Allah azab mereka, bagi lagi mereka peluang untuk berfikir, kadang diuji sikit susah agar ingat kita ni lemah, tapi orang sombong tetap nak lawan Allah.
Tak lama kemudian semua mati kecuali Allah!
Maka Kematian adalah Keadilah terbaik ciptaan Allah, semua akan mati, dan semua akan masuk mahkamah Allah.
Mangsa rogol, mangsa bunuh, mangsa fitnah, mangsa hutang tak bayar, semua akan dapat keadilan di akhirat.
Balik kepada soalan, Taliban ni baik ke jahat?
Jawapannya, terpulang pada amalan dia, ada kisah Taliban yang tembak Malala dalam bas, itu Taliban jahat, ada kisah Wanita kena rogol, dan Taliban datang tangkap perogol, itu Taliban baik.
“Tapi encik Hamka.. Mungkin Taliban jahat itu adalah tentera yahudi atau tentera amarika yang menyamar nak burukkan islam? Mana tahu? Semua ni kospirasi Dajjal!”
Ya lah, jika mat rempit ragut beg tangan awek kau, dan seret tengah jalan lalu awek kau mati, maka mat rempit tu sebenarnya bukan orang islam, tapi yahudi yang menyamar menjadi mat rempit dengan niat nak burukkan islam sebab dalam dunia saya, semua orang ialam adalah baik?. Mana tahu? Adohai..
Bro, terimalah kenyataan, bukan semua orang islam baik, memang ada orang islam yang jahat. Dan ini adalah fakta.
Rujuk Al quran dan hadis, ramai jugak orang islam yang masuk neraka, sebab mereka buat jahat, membunuh sesama islam dengan kejam, hukumnya masuk neraka, sebab tu dalam Al quran ada ayat dakwah sesama islam.
Ayat “wahai orang beriman” dituju kepada orang islam, supaya taat perintah Allah ikut cara Nabi, kerana orang islam yang jahat, mereka dah tak ikut cara Nabi, bunuh dengan kejam bukan cara Nabi, dalam perang Nabi pesan jangan bunuh kanak kanak, sekarang dalam perang sesama islam, boleh pulak seksa sampai mati budak budak kecik. Adohai.
Kerana ada islam yang tidak baik lah, Maka Allah turunkan hukum hudud untuk orang islam yang mencuri, berzina, menfitnah, membunuh dan lain lain.
Jadi kenapa saya perlu jadi bodoh hari ini apabila saya paksa untuk percaya bahawa SEMUA ORANG ISLAM itu baik, hanya semata semata untuk menyedapkan sentiment saya.?
Sedangkan hakikat sebenarnya, untuk kita percaya pada sesuatu perkara, kita perlukan bukti yang kukuh. BUKAN percaya semata-mata kerana sentimen!
Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan islam, Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah.
Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti, wah wah wah, meriahnya hidup.
Sekarang banyak bukti sahih yang di rakam dan didokumentasikan menunjukkan ada sebahgian orang Islam yang menjadi pengganas dan membunuh sesama islam, yang ajak jihad seks, yang seksa budak budak, ustaz rogol pelajar dan sebagainya.
Samada saya suka atau tidak, memang ada sebahagian orang Islam yang buat kerja jahat itu. Bukannya saya kena reka cerita yang menyedapkan hati: oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam.
Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Memang akan ada ramai orang islam yang masuk neraka, Hinnga ada hadis cerita Nabi turun padang bagi syafaat untuk bantu orang islam yang berdosa agar keluar dari neraka.
Nak tengok orang islam masuk neraka mungkin tak sempat, tapi jika korang pergi penjara dan tengok kes jenayah yang tak masuk akal, ada tak orang islam yang buat?, ada, dan banyak. Ustad ularmak pun ada kes rogol jika kau tak tahu!
Moral of the story: Taliban baik atau Jahat? Biarlah amalan mereka yang menentukan, Pintu Taubat terbuka buat semua yang masih hidup.
Kita di sini, Terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini, ada orang islam yang baik dan ada orang islam yang jahat, dan yang baik tak selamanya baik, dan yang jahat tak selamanya jahat, pilihan di tangan kita.
Sungguh setiap orang disediakan Tuhan akan pintu Taubat masing masing, gunakan sebaiknya sebelum pintu kereta mayat terbuka.
Kita jangan sibuk nak tutup pintu Taubat siapa siapa, Tapi saya boleh tutup pintu keretamayat korang!
Woha!
Ps: Ada yang tanya, beli kata mana kitab Taklim tu? saya tak jual, saya jual buku saya sahaja, ada 5 tajuk tazkirah santai tapi sampai, jika nak beli Taklim, ini, link kitab taklim https://invol.co/cl5mi9t
kepala negara malaysia 在 SITI NURSARA Youtube 的最佳解答
IG @SitiNurSara
Guide:
@capixcermin
@dnlazzn
.
Gua Kelam 2 dan Gua Kelam berada dalam kedudukan bukit yang sama, tetapi ianya mempunyai laluan dalam gua yang berbeza. Pemakaian topi keselamatan adalah penting untuk mengelakkan kepala melanggar bumbung gua yang rendah dan hendaklah ditemani dengan tour guide disebabkan keadaan dalamnya yang mempunyai pelbagai laluan yang mungkin menyebabkan pengunjung tersesat.
Terletak di Banjaran Nakawan, Kaki Bukit, di sini merupakan salah satu tempat bersejarah terpenting kerana menjadi satu-satunya gua di negara ini yang pernah dijadikan kawasan perlombongan.
Hanya terdapat beberapa tempat sahaja di serata dunia yang menjadikan gua sebagai tempat perlombongan dan uniknya Gua Kelam 2 merupakan gua atau terowong yang dibina menggunakan tenaga manusia sewaktu zaman penjajahan Jepun.
#sitinursara #perlis #perlisinderakayangan #trustyourmovement #exploreperlismy #reclaim #teamreclaim #petzl #climber #malaysia #explore #gopro #gopromysg #rockclimbingmalaysia #hermission #cruxparticleathlete #cruxparticle
@malaysia.truly.asia
@perlisaktif
@hermission.movement
@reclaim
@crux.particle
@sportsdirectmy
@exploreperlismy

kepala negara malaysia 在 Namewee Youtube 的最佳解答
Ali Ahkao dan Muthu menyambut Hari Merdeka yang paling susah dalam sejarah Malaysia... Menyanyi kuat-kuat lah!!!
【Ali Ahkao Dan Muthu高清版YouTube】: https://bit.ly/34Dk4RK
-
Ali AhKao dan Muthu
Tiga budak yang nakal
Cikgu dan guru besar
Semua orang tak suka
Selalu ponteng sekolah
Pergi pantai makan rojak
Ibu bapa pun sakit kepala
Budak yang kurang ajar
Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah jadi orang tua
Sahabat karib macam saudara
Tetap tidak retak
menyanyi kuat-kuat lah
Ali AhKao dan Muthu bersama!
Kawan selama-lamanya
Satu hati satu jiwa
Kita semua rakyat Malaysia
Tak kira darah dan warna
Hanya satu impian satu negara
Ali Ah Kao dan Muthu
SPM pun hancur semua
Pergi bandar bersama-sama
Nak cari makan pun susah
Berkali-kali dipecat
Selalu bertukar kerja
Makan roti putih campur gula
berkongsi apartment murah
Dah enam puluh tahun kemudian
Mereka sudah ada keluarga
Sahabat karib macam saudara
Pasti takkan retak
Menyanyi kuat-kuat lah
Ali AhKao dan Muthu bersama!
Kawan selama-lamanya
Satu hati satu jiwa
Kita semua rakyat Malaysia
Tak kira darah dan warna
Hanya satu impian satu negara
-
數位音樂下載 Online Music Download【Ali Ahkao Dan Muthu】:https://lnk.to/BnitLUUL
-
欲網購黃明志最新實體專輯《亞洲通才》及歷年專輯和周邊商品請到。Purchase Namewee Latest 《Asian Polymath》 , Others Music Albums & Merchandises Please log in to https://namewee4896.com/
Namewee 黃明志 Official Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/namewee/
Namewee YouTube Channel Link:
http://www.youtube.com/user/namewee
#Namewee #黃明志 #AliAhkaoDanMuthu

kepala negara malaysia 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
https://t.productlink.io/a51y95
JACK n JILL merupakan antara jenama makanan ringan yang dikenali ramai di Malaysia. Aneka produk keluaran JACK n JILL sentiasa mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, JACK ‘n JILL Cream-O telah memulai kemeriahan sambutan kali ini dengan memberikan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan negara kita yang ‘Ekstra O-Some’.
Sebagai pembuka tirai, JACK 'n JILL Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa untuk barisan penunggang penghantaran yang jasanya tidak ternilai di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Awal minggu ini, apa yang sepatutnya tugasan harian menghantar makanan kepada pelanggan bertukar luar biasa buat seramai 100 penunggang foodpanda. Setibanya di lokasi masing-masing, mereka terkaget apabila mendapati makanan yang ditempah itu sebenarnya adalah untuk diri mereka! Lebih seronok, mereka juga dihadiahkan dengan kit terima kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’ yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala Bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar selamat dan cekap.
BAca selanjutnya di http://www.ienaeliena.com/2020/08/jack-n-jill-cream-o-meraikan-rakyat.html

kepala negara malaysia 在 Jokowi Jadi Kepala Negara Pertama yang ... - YouTube 的推薦與評價

Perdana Menteri baru Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan bahwa Indonesia adalah sahabat sejati Malaysia.Hal ini ia sampaikan saat menerima ... ... <看更多>
kepala negara malaysia 在 Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang ... 的推薦與評價
yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah. Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati. Malaysia dan ... ... <看更多>
kepala negara malaysia 在 Jokowi Jadi Kepala Negara Pertama yang ... - YouTube 的推薦與評價
Jakarta, https://www.tvOnenews.com - Presiden Jokowi mengucapkan selamat kepada Anwar Ibrahim yang terpilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ... ... <看更多>