JEJAK KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 4 BULAN OGOS 2021 KEPADA KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM ULU SUNGAI JOHOR (USJ) DAERAH KOTA TINGGI
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 4 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Ulu Sungai Johor Daerah Kota Tinggi diiringi oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah:-
i) Seorang bekas guru yang mempunyai 3 orang anak dan terlantar kerana menjalani cuci darah atau hemodialisis yang kronik.
ii) Warga OKU berumur 37 tahun yang terlantar akibat mengalami kemalangan jalan raya.
iii) Warga emas orang asli berusia 71 tahun dan tinggal di pedalaman yang menghadapi sesak pernafasan.
iv) Suri rumah yang tidak bekerja dan menjalani dialisis buah pinggang.
v) Peniaga yang mengalami sakit buah pinggang kronik dan sumber pendapatan yang terjejas akibat PKP
Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa akan datang.
emas iii 在 Facebook 的最佳解答
𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟑 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐌𝐈𝐒𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah:-
i) Warga emas Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak mempunyai pendapatan serta menumpang hidup di rumah adik perempuan yang memiliki seorang anak OKU.
ii) Wanita warga emas berusia 82 tahun yang menghidapi penyakit jantung dan darah tinggi serta tinggal bersama seorang anak lelaki yang tidak mempunyai pendapatan.
iii) Warga emas berusia 90 tahun menderita penyakit tua dan menanggung isteri dan seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU).
iv) Warga emas berusia 85 tahun, hidup sebatang kara dan mengidap penyakit tua serta tidak mempunyai pendapatan.
v) Wanita yang hidup sebatang kara, tiada pendapatan dan mempunyai masalah penglihatan serta pendengaran.
Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan semoga penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa akan datang.
emas iii 在 Facebook 的精選貼文
JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 & FASA 2 BULAN OGOS 2021 KEPADA KELUARGA TERMISKIN DI MUKIM KOTA TINGGI, MUKIM SEDILI BESAR DAN MUKIM SEDILI KECIL DAERAH KOTA TINGGI
YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 dan Fasa 2 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Kota Tinggi, Mukim Sedili Besar dan mukim Sedili Kecil daerah Kota Tinggi. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi, Penghulu Kanan Daerah Kota Tinggi serta penghulu-penghulu mukim.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor dalam membantu golongan yang serba memerlukan terutamanya dalam mendepani pandemik Covid-19 yang mencabar untuk kelangsungan hidup terhadap mereka yang terputus sumber pendapatan, menderita penyakit, kemiskinan, OKU dan lain-lain menjadi bukti bahawa kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa menjadi keutamaan baginda. Antara penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di daerah Kota Tinggi adalah:-
i) Seorang warga emas yang menderita penyakit akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu. Beliau menanggung seorang isteri dan menjaga 2 orang cucu yang masih bersekolah.
ii) Ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapat. Menderita penyakit kanser payudara serta menanggung seorang anak yang masih bersekolah.
iii) Suri rumah yang menghidap penyakit barah payudara. Suami seorang pemandu teksi yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan menanggung seorang anak yang masih belajar.
iv) Ibu tunggal yang menanggung 3 orang cucu yatim piatu yang masih kecil. Mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis serta tidak berkerja.
v) Warga emas yang menghidap menghidap penyakit tua, serta mengharapkan bantuan ahli keluarga untuk menguruskan kehidupan seharian.
vi) Suri rumah yang menderita penyakit kegagalan fungsi buah pinggang serta mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.
vii) Ibu tunggal yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan. Tidak mempunyai pendapatan dan menanggung seorang anak.
viii) Warga emas yang tiada pendapatan. Menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
ix) Warga emas yang menjaga seorang anak OKU. Menghidap penyakit tulang rapuh (Osteoporosis).
x) Warga emas yang tidak mempunyai pendapatan. Mengalami kerosakan saraf mata akibat penyakit Glaukoma.
xi) Seorang bapa yang terputus sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19. Beliau kerja kampung dan menjaga seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU).
xii) Seorang wanita yang hidup sebatang kara, tidak berkerja serta menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
xiii) Seorang bapa yang berkerja sebagai buruh. Terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. Menanggung 2 orang anak berusia 3 dan 5 tahun.
Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan semoga penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa akan datang.