Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).
Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.
Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.
CP : Wassap Usrah. ^^
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Dewasa itu susah, nak hidup cemerlang kena sifat juga cemerlang..Akedemik x pandai alihlah kpd kepandaian dn kemahiran..Jgn bermain berhibur leka dgn...
「contoh motivasi kerja」的推薦目錄:
- 關於contoh motivasi kerja 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於contoh motivasi kerja 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於contoh motivasi kerja 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於contoh motivasi kerja 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的精選貼文
- 關於contoh motivasi kerja 在 CONTOH MOTIVASI KERJA KARYAWAN PERUSAHAAN 的評價
contoh motivasi kerja 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Bercerita tentang Manifesto, saya ada baca satu buku motivasi katanya:
Jika kita borak dengan kawan-kawan, untuk berborak dengan lebih deep, kita kena tanya mereka tentang manifesto kehidupan.
Tanya mereka apa mereka nak buat dalam masa tiga atau lima tahun akan datang?
Jika mereka cakap mereka tak ada manifesto, maka persahabatan akan menjadi hambar, ikut buku tu lah sebab mereka seorang yang tiada pandangan tentang masa depan. Adohai...
Saya perasan jika tanya orang yang kerja makan gaji, (bukan semua) biasanya mereka memang takde manifesto, jika tanya orang bisnes pulak, satu jam pun tak cukup untuk mereka sembang tentang manifesto mereka.
Jadi benda ni saya borak dengan Puan bini.
So far kami memang ada buatlah benda benda macam manifesto ni sebab kami adakan mensyuarat mingguan dan dalam mesyuarat tu memang dimasukkan semua plan untuk masa mendatang.
Sebagi contoh untuk korang, boleh buat manifesto laki bini seperti:-
1.Agama-Merancang pergi haji, Umrah, keluar Bedakwah, khatam kitab sekian-sekian. Bantu kebajikan organisasi tertentu, dan lain lain untuk tiga tahun mendatang
2.Bisnes-Menambah pasaran baru, buat produk baru, (jika penulis: berapa buku setahun? tarikh siap bila? untuk tiga tahun mendatang, mungkin dah ada kedai buku dan lain-lain.)
3. Parent- Pindah rumaj baru? Atau Plan bawak keluarga bercuti setahun atau dua tahun ke hadapan, plan habiskan masa bersama dengan lebih bermakna, buat skrip untuk setiap ahli keluarga sebelum melancong agar video melancong lebih cantik. dan lain-lain. selain melancong banyak lagi plan, ini contoh sahaja.
4. Kesihatan-Senarai aktiviti tahun mendatang, jika kaki hiking, senarai gunung nak daki tahun ni dan tahun depan. Jika kaki skuba, senarai pulau nak menyelam, saya ada plan jugak nak berjogging semua taman yang cantik cantik, boleh buat berat badan sasaran dan lain lain.
5. Peribadi-Aktiviti backpackers solo, dan lain-lain projek.
Cukuplah 5 manifesto tu sebagai contoh korang nak bincang bersama laki bini. Ada banyak lagi terpulanglah pada diri masing-masing.
Apa-apapun, Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Bertawakal setelah merancang adalah lebih baik dari hanya serahkan kepada takdir tunggu nasib baik sebab Allah tak akan ubah nasib kita jika kita tak plan nak ubah.
Jadi dengan ada manifesto keluarga, maka adalah visi dan misi yang kita nak tempuh bersama, dan andaikata manifesto kita tu gagal dicapai kerana kekangan wang atau masa, tak perlu susah hati sebab:
Manifesto bukan janji!
Woha!
contoh motivasi kerja 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Moga para ibu dapat baca ini. Sebarkan.
May the mothers be able to read this. Spread it.Translated
Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).
Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.
Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.
CP : Wassap Usrah. ^^
contoh motivasi kerja 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的精選貼文
Dewasa itu susah, nak hidup cemerlang kena sifat juga cemerlang..Akedemik x pandai alihlah kpd kepandaian dn kemahiran..Jgn bermain berhibur leka dgn kawan2.. bermalas2.. tidur dn bermain2 yg c berfaedah
.
Mencipta lah ..desgin lah bahagia dihujung usia caranya berkerja dn jaga masa pilih kawan yg bawa untung..!! pesan sy pd anak2 ...lihat sy contoh terbaik kamu “ sy kerja umpama panjang lagi umur dn beramal seakan2 esok sy akn mati
.
Org yg x bersemangat jiwanya mati, stress berlebihan tanpa bijak kawal emosi , x cekap atur masa ..ilmu agama kurang , kewangan lemah itu tanda2 kamu x bijak kendali diri “
.
Jadi org bertangjawab cekap ..sharp ..fakta syariah tu yg Ami ajar pd anak2 dn pengedar supaya mereka berjaya..bukan cakap 0..
.
Ingat lah “ ORANG YG DIPERCAYAI ADALAH ORANG YG PALING DISAYANGI KERANA AKHLAKNYA DAKWAH DN CERMINAN MUKMIN”
.
Jika mahu kelebihan hidup dn rasa aman kena gagah jiwa nak berubah dan berjuang..Rasa taggjawab dn usaha menagani kelemahan diri
.
Macam mana nk berjaya “ jiwa kena luar biasa..bukan biasa2..”Jiwa sakit ubatnya ilmu dan fikir solusi cari kelemahan diri dn bawakan penguatnya..Semuanya ada ada kat kita dn Allah saja..stop salahkan org lain..sebagai Mempelajari utk nikmat kematangan usia
.
Kamu mainkan masa..nanti masa juga yg mainkan kamu klubtua baru sedar sedih merana nanti..tu lah bebel dn kemarahan sy pd anak2 ..Kalau lemah anak muda sedih nanti lemahlah bangsa melayu akn dtg..!!Anak muda mencorak negara
.
(selendang cotton baru yg ada di butik @bonda_by_rozita_ibrahim yg mana sgt lebar dn sejuk.. murah je rm28.. xpayah nak beriaa gosok tonyoh2.. nak beli online..?? W up 0199009133)
contoh motivasi kerja 在 CONTOH MOTIVASI KERJA KARYAWAN PERUSAHAAN 的推薦與評價
Thanks for watching kosngosan channel, don't forget to LIKE, SHARE and SUBSCRIBE this channel for support us to growth#resign # pekerjaan ... ... <看更多>