Melintas lintas gambar kahwin di memory Facebook, maklumlah, September ni bulan ulang tahun perkahwinan.
Jadi sempena orang tanya tentang kitab taklim,
Maka saya imbas Kembali, kenangan Malam pertama kahwin, maka berboraklah kami suami isteri akan beberapa rangkap perbualan sewaktu buka hadiah yang ada kitab taklim dalam kotak, maka saya berkata:
“Sayang, mulai malam ni, kita akan wajibkan keluarga kita baca hadis dari kitab ini selama 15 minit ke setengah jam”
“Jika habis, baca kitab mana pula?”
“Kita ulang balik, sebab hadis no 1 pun kita belum dapat amal sempurna”
“Satu kitab ini sahaja?”
“Ada tiga kitab, Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusuf, Fadail Amal karangan Maulana Zakaria, dan Fadhilat Sedekah, Kitab yang orang hadiahkan ini Fadhail Amal versi terbaru”
“Kenapa kena baca kitab tiga ini sahaja?”
“Sebenarnya lepas perang dunia kedua, Maulana Tabligh mendapati punca orang islam bergaduh adalah kerana tafsir berbeza bab hukum hakam, dan untuk satukan ummat Islam, kita kena baca satu kitab yang bebas unsur tafsir berbeza tapi zaman itu kitab ini belum wujud”
“Kira kitab ni baru wujud lepas perang dunia ke dua?”
“Ya betul, sebelum ini kitab ulamak terdahulu bercampur ilmu hukum hakam dan fadail, maka Maulana Aliyas, ketua Jemaah Tabligh arahkan anak saudaranya, Maulana Zakaria, seorang pakar hadis untuk buat kitab kompilasi Fadail Amal”
“Saya baru tahu ni”
“Maka munculah kitab Fadhilat solat, Fadhilat zikir, Fadilat puasa, Haji, sedekah, dan banyak lagi”
“Jadi kitab Fadail Amal ni adalah koleksi semua kitab itu dalam satu buku?”
“Ya betul, kemudian bila Jemaah dakwah banyak belajar sifat sahabat melalui enam perkara asas agama, maka anak Maulana Yusof karang kitab Mutakhab hadis tentang enam sifat sahabat dan Hadis Fadail”
“Okey, benda ni baru bagi saya, sila beri tunjuk ajar”
“Bukan hadis sahaja dalam kitab ini, ada juga ayat Al quran, yang mana Ayat Allah dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri”
“Jadi kitab ini baca versi Bahasa melayu lah kan?”
“betul, kita kena faham apa kita baca, cuba Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi dulu, sebuah masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..”
“saya kena catat nasihat abang ni..:
“Takpe, malam ni dengar dulu, sambung kisah sahabat, bila mereka mendengar suara Nabi yang membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam dan bersolat tak jemu-jemu”
“oh, inilah yang abang cakap majlis suara Nabi tu, kan?”
“Ya betul, Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Saya setuju”
“Terima kasih sayang sebab setuju, kita semua tahu Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...”
“Benar..”
“Untuk itu, mulai mala mini jom kita belajar-belajarlah menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas isyak dan bila ada anak kelak, atas riba lagi kita dah baca pada mereka”
“Abang nak anak berapa orang?”
“Target Muat satu kereta sekurang kurangnya, kalau boleh nak ramai lelaki agar dapat sambung kerja dakwah”
“Amin, bagaimana kaedah bacanya?”
“ Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Kena tafsir ke?”
“Tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..”
“Kalau kita gaduh, camne Bang?”
“Baca jer sorang sorang, awak jika baca, saya yang marah terus tak jadi merajuk tau!”
“eh? Ni ada Kitab English?”
“Sama sahaja, ini versi BI, nanti waktu awak baca BM, saya semak dalam BI, nak tambah penguasaan Bahasa English, senang nak takluk dunia”
“Wow, lain macam laki saya ni”
“Kita baca Taklim ni tak lamapun, sampai mati jer.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?
*****
20 tahun kemudian, anak lima orang, empat lelaki, sorang perempuan, satu OKU autisme, dan Alhamdulillah tiap malam masih baca Taklim, Tiap pagi lepas subuh semua akan berceramah, lepas tu mesyuarat, lepas zohor muzakarah adab, lepas asar habiskan Zikir, lepas Magrib, mengaji, lepas Isyak, sambung Taklim dan muzakarah enam sifat sahabat.
“Dunia mereka macam mana?”
Anak sama jer macam anak orang, ada yang minat korea, ada minta Hindustan, ada minta tamil, suka jugak main game, macam anak orang lain juga.
“Sekolah macam mana?”
Anak sulong baru masuk UIA, anak No 2 MRSM, anak no tiga, sekolah agama, anak no empat, PdPR sekolah dekat jer, dan anak OKU, sekolah PPKI.
“Nak beli tiga kitab tu kat mana?”
Saya tak jual, tapi saya rekemen beli di Shopee link ini,
https://invol.co/cl61mfq
Ps: Demikian kisah borak saya dan isteri di malam pertama, korang malam pertama kahwin?, borak apa? Sebelum korang kongsi jawapan, saya jerit WOHA siap siap.
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「buku terkenal di dunia」的推薦目錄:
buku terkenal di dunia 在 Facebook 的最讚貼文
Konsert Ella di Tokyo Jepun tahun 90 (honoured performed with Hillary Ang Project ).
Ada game Thomas Cup juga di sana dan Malaysia bertanding.
Nama anak anak Sidek cukup terkenal di Jepun (dan di seluruh dunia) waktu itu .
Ramai yang Ella jumpa (di Tokyo) kagum dgn azam dan semangat yang ditunjukkan mereka .
Atas faktor kegemilangan anak anak Sidek itu juga , ramai yang datang menonton Konsert Ella ;) .
Tahun 1993 Ella ke Jepun sekali lagi untuk 5 konsert di 3 kota Jepun (Tokyo , Osaka & satu lagi tak ingat) ;)
1992 Malaysia baru menang Thomas Cup .
Dan jadinya waktu tu nama Misbun/Rashid/Razif/Jalani selalu lah meniti di bibir orang Jepun bila mereka berkomunikasi dengan Ella.
Nak tau tak ,bila kita sedang bertugas/berjuang di rantauan , dengar je pujian dan kata kata hormat mereka tentang rakan senegara, itu merupakan satu nikmat dan perkara yang amat membanggakan.
Dan syukur alhamdulillah , 5 konsert Ella di 3 kota Jepun tu semuanya penuh dengan mat mat rock Jepun yang datang .
Best waktu tu, what a wonderful memory playing with Kyoji Yamamoto 山本恭司 dan bandnya BowWow backup Ella untuk kesemua tempat . Arigato Gozaimas Kyoji san.
Berbalik kepada anak anak Sidek tadi , Ella terinspirasi dengan perjuangan ayahnya Haji Sidek dalam mendidik anaknya.
Dan Ella juga kagum dengan semangat perjuangan anak anak Sidek dalam menurut asuhan.
Tekad , bulat semangat dan sampai jadi . Lagenda dunia. Tahniah Dato' Misbun/Rashid/Razif/Jalani/Rahman jadi inspirasi ramai anak muda.
Psstttt .,.. Kalau Ella keluarkan buku agaknya nak letak tajuk apa ? Komen sikit plssss...
P/S : Ella pernah digosip bercinta dengan Rashid Sidek waktu tu .
Jangan percaya sangat sebab itu hanya taktik cerita suratkhabar nak lariskan jualan mereka .
Dan ternyata ia memang terjual laris , hahaha ...love&rindu semua- Ella
Lepas pandemik kita buat get together lah , jumpa di court badminton.
Lawan regu Ella/ Azhar & Jojie Aminuddin/ Syahrizal Ismail ..amacam ? :)
buku terkenal di dunia 在 Facebook 的最佳貼文
Bila berita sebut Pendakwah terkenal, atau artis terkenal, atau siapa siapa sahaja yang terkenal di siasat kes jenayah rogol, maka dalam ruang komen ada yang berteka teki dan petik beberapa nama, lepas tu ada yang balas “dah agak, tengok muka dah tahu gila seks” adohai.. senang senang buat dosa di media sosial.
Lepas tu ada yang suruh potong kemaluanlah, suruh bunuh lah, suruh campak dalam lubang buaya, padahal orang tu baru di siasat, nama pun tak tahu siapa?, korang dah tuduh dan jatuhkan hukuman potong anu makan buaya?
Patut, berita macam ni bila keluar, ambik pengajaran sebab jenayah Pedofilia ni memang mujud seluruh dunia termasuk dalam kalangan orang islam.
Pedo ni adalah jenayah gila seks yang mana datang keinginan seseorang dewasa untuk memenuhi nafsu seksual dengan kanak-kanak.
Bila tengok berita macam ni, ambik peluang Pesan pada anak -anak,
Saya dah tulis Panjang lebar bab ini dalam buku KISAH ANAK BINI.
Saya tulis, bila ada jenayah Seks muncul di TV atau berita, pelaku pulak orang terkenal macam ustaz, cikgu, paderi, polis, artis, dan macan macam jawatan yang hebat, pesan pada anak anak, orang gila seks ni wujud, mereka Nampak sangat baik tapi bila ada peluang.. awas! mereka akan buat jahat.
Masa saya tulis buku tu anak saya masih di tadika, belum faham seks, saya pesan pada mereka..
Jangan tengok kemaluan orang dan Jangan biar orang tengok kemaluan kita.
Jika ada orang suruh pegang kemaluan mereka-jangan buat!
jika ada orang pegang kemaluan kita-jangan biarkan.
Perbuatn itu JAHAT dan SALAH!
Melawanlah!.
Menjeritlah!.
Lari!.
Dan tolong ceritakan pada Ayah serta Bonda.
Walaupun orang yang lakukan itu, mungkin guru, ustaz, bapak saudara, datok, ayah kandung, sepupu atau siapa sahaja.
Mengadulah!.
Mengadulah kepada ibu bapa, kepada cikgu, kepada kawan, kepada polis, kepada Allah, mengadulah!
Jika waktu mengadu ada orang marah, orang tak layan, orang hina, .. abaikan, jangan putus asa, teruskan mengadu sampai ada orang yang layan.
Contoh mengadu pada cikgu A, cikgu A marah dan tak layan, mengadu pada cikgu B, cikgu B hina dan tak kata salah kita pakai baju warna terang? Jangan putus asa, Mengadu pada cikgu C dan seterusnya, mengadu pada ayah, mengadu pada jiran, doa pada Allah dan teruskan mengadu, InsyaAllah, dalam jenayah seks, akan ada yang beri perhatian jika mangsa sentiasa berani mengadu.
Kita sebagai masyarakat pulak, jika ada orang perempuan mengadu, jangan pulak tiba tiba salahkan mangsa, seperti awak pakai seksi sangat, mulut awak celupar sangat, minyak wangi awak kuat sangat, itulah sebab tiru K Pop, adohai.., jangan salahkan mangsa, sebab orang buat jahat bukan kerana salah mangsa, tapi sebab mereka memang jahat! kerana orang baik, ada peluang buat jahat akan tetap buat baik.
Dan kepada perempuan seksi pulak, tetap kena nasihat jangan seksi, sebab seksi tu haram, tunjuk aurat pada orang tu haram, kena faham tu, Cuma bila jenayahab seks berlaku pada mereka, jangan terus salahkan seksi, salahkan mangsa bersendirian, sebab nenek tua dengan kambing pun orang rogol! kerana jahat ni bukan salah mangsa!
Lepas tu pulak, bila tuduhan berlaku, belum tentu benar, kena siasat dulu, jangan terus pukul, potong kemaluan, dan bagi makan pada buaya, dalam islam antara dosa besar adalah tuduh orang berzina, apatah lagi jika tuduh orang merogol?
Rujuk kisah Nabi Yusof, di tuduh merogol, jangan terus hukum, kena siasat dulu , muka ada calar tak? Baju koyak depan ke belakang? Alibi ada tak?
Sungguh Keadilan ini untuk semua orang, orang jahat pun kena diadili, apatah lagi orang yang baru kena tuduh?
Dan perintah Siasat ni adalah perintah Alllah dalam surah Al hujarat, bila dapat berita, siasat, jangan terus tuduh, tanya pada pakar, Insyaallah akan dapat jalan penyelesaian terbaik. Kita nak ikut islam, bab siasat tak nak pulak, habis tu nak ikut syiatan?
Eh? panjang lah nak cerita semua, abang mayat pernah tulis dalam buku abang, boleh baca di sana..
Akhir kata, abang petik ayat Al quran sebagai rujukan agar kita semua siasat semua berita sebelum nak tuduh,
Surah al-Hujurat, ayat 6 bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Now you know.
Woha!