Selamat Datang ke Sembang DTV, sebuah segment hiburan terbaru, bertemakan makanan. Rancangan ini akan disertai oleh team Destinasi TV sempena MCO 3.0 kali ini.
Dalam episod pertama, mereka di minta untuk mengulas rasa dan dicabar untuk meneka jenis ayam gorengyang diberikan. Sesiapa yang paling banyak memberi jawapan tepat, akan memenangi episod minggu ini.
Kalian rasa siapa yang menang episod pertama? Saksikan di hujung rancangan.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/QdSHGQnKptw/hqdefault.jpg)
movie review platform 在 The Platform Netflix Movie Review - YouTube 的推薦與評價
The Platform is the brand new Spanish Netflix movie and this is my Spoiler FREE Review. Explain your thoughts on the ending below. ... <看更多>