[Pengamal Perubatan Tradisional Buddha Thailand Pecahkan Berhala!]
Seorang pengamal perubatan tradisional Buddha bernama Jiraphan Phetkhao atau lebih dikenali sebagai ‘Mor Plah’ dari negara Thailand sedang mengajak penganut agama Buddha untuk kembali ke jalan yang benar supaya tidak terjebak dalam kegiatan serta amalan khurafat yang tidak dianjurkan oleh Buddha sendiri.
Channel YouTube beliau, Ghost Doctor TV https://www.youtube.com/user/ghostdoctortv sangat popular dengan jutaan view bagi setiap episod programnya di mana beliau akan mengubati pesakit dan memecahkan berhala di rumah mereka bagi membebaskan mereka dari gangguan dan rasukan jin.
Ini susulan beratus kes dan insiden rasukan serta gangguan makhluk halus terhasil daripada pemujaan patung-patung berhala serta amalan animisme dan ilmu sihir.
Dalam siri-siri dokumentari Mor Plah melalui Ghost Doctor TV, beliau seringkali mengajak umat Buddha untuk menghindari perbuatan-perbuatan khurafat serta memperbanyakkan amalan-amalan yang baik bagi memakmurkan kehidupan harian.
Sepertimana dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh daie Muslim dalam mengajak manusia kepada kebenaran, Mor Plah juga tidak terlepas daripada ugutan dan kontroversi yang dilemparkan oleh sesetengah pihak berkepentingan susulan daripada apa yang diusahakan oleh beliau seperti memusnahkan patung-patung berhala serta tempat-tempat pemujaan semangat yang menurut beliau, dipercayai menjadi punca kejatuhan umat manusia.
Terdapat banyak nasihat yang logik, berguna dan praktikal oleh Mor Plah seperti persoalannya dalam pertikaikan kenapa harus penganut Buddha memuja dewa-dewi, hantu dan semangat yang tidak membawa sebarang manfaat atau kebaikan kepada manusia sebaliknya memudaratkan serta membawa kejatuhan dan penyakit rohaniah (spiritual).
Menurut Mor Plah, sebagai manusia yang sempurna, penganut Buddha sepatutnya bekerja keras dalam usahakan kerjaya serta kehidupan harian termasuk amalan-amalan yang diajar oleh Buddha dan bukannya terjebak dengan amalan-amalan yang menjatuhkan martabat manusia seperti memuja berhala dewa-dewi, patung-patung hantu dan binatang.
Difahamkan Mor Plah bertegas dan berpegang kuat dalam hal keagamaan serta kebudayaan adat beliau sebagai seorang umat Buddha. Mor Plah bukanlah calang-calang pengamal perubatan tradisional tetapi merupakan seorang pemegang ijazah dalam bidang kejuruteraan daripada Rajamangala University of Technology Thanyaburi dan beliau pernah menuntut ilmu agama Buddha secara mendalam ketika menjadi seorang sami Bhikkhu pada suatu ketika dahulu.
Ini di Thailand, negara yang bermajoriti penganut agama Buddha. Andai Mor Plah sendiri bukannya beragama Buddha, mungkin orang telah mengeluarkannya sebagai Taliban kerana menghancurkan berhala?
Sebagai umat Islam, kita tidak menganjurkan sebarang amalan, sembahan atau pemujaan berhala dan pada masa yang sama kita tidak menafikan kewujudan makhluk di alam lain. Firman Allah Subhana Wa Ta’ala;
“Berhala-berhala itupun tidak mampu mampu memberi pertolongan kepada penyembahnya dan kepada dirinya sendiripun berhala-berhala itu tidak sanggup memberikan pertolongan.”
(Al A’raf 7:192)
Oleh itu di dalam Al-Quran, Allah Subhana Wa Ta’ala berfirman dan mengajak semua manusia untuk mentauhidkanNya sahaja (menyembah Allah tanpa sebarang sekutu);
“Sembahlah Allah (saja) dan janganlah kalian mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.”
(An Nisaa’ 4:36)
Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala mengurniakan kepada kita taufiq dan hidayahNya. Allahuma Ameen.
*Gambar adalah screenshot dari salah satu episodnya di YouTube. Sahabat semua diminta menjaga adab dan akhlak dan komen. Mana-mana komen berbentuk provokasi dan menghina mana-mana agama dan bangsa akan dipadam dan anda akan diblok dari page ini. Tiada kompromi dalam aspek ini. Post ini untuk pendidikan dan perkongsian bukan untuk kita menangguk di air yang keruh.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過11萬的網紅聶寶,也在其Youtube影片中提到,喜歡我的影片可以到我粉絲團https://www.facebook.com/nielnieh345NieBao 實況台連結http://zh-tw.twitch.tv/nielnieh345 常實況一些PS3、PS4、PC的遊戲...
「bhikkhu」的推薦目錄:
- 關於bhikkhu 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於bhikkhu 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
- 關於bhikkhu 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
- 關於bhikkhu 在 聶寶 Youtube 的最讚貼文
- 關於bhikkhu 在 LKNim Youtube 的最佳貼文
- 關於bhikkhu 在 mimi33333333 Youtube 的最讚貼文
- 關於bhikkhu 在 What Makes a Life Truly Worthwhile? | Bhikkhu Bodhi - YouTube 的評價
- 關於bhikkhu 在 Akāliko Bhikkhu - Home | Facebook 的評價
bhikkhu 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
[RESPON KEPADA ‘BETTER BEER FESTIVAL’: Dari Perspektif Agama Di Malaysia]
Sebelum ini kami sudah mengulas mengenai isu arak di dalam pandangan agama-agama dunia, dan kami berpandangan mengikut konteks Malaysia isu arak tidak relevan jika ia diurus di dalam skop kebebasan beragama. Ini kerana majoriti penganut agama di Malaysia adalah Muslim, Buddhis, Hindu, Kristian, dan Sikh yang mana adalah jelas di dalam kitab ajaran agama ini semua mengharamkan arak.
Di Malaysia masyarakat cina bukan Islam adalah golongan yang mendominasi di dalam mengkonsumsi arak. Tidak hairan kerana minuman ini juga dilihat mula berkembang di China. Merujuk jurnal National Geographic: The Birth of Booze, bukti penciptaan arak terawal ditemui di Jiahu, China. Antara bahan yang digunakan adalah jagung, barli, beras, gandum, anggur, tebu dan lain-lain lagi. Ketika itu China masih mengamalkan kepercayaan shamanisme dan agama tradisi nenek moyang. Ia berlaku jauh sebelum lahirnya agama Buddha di India, dan agama Taoisme serta Konfusianisme di China.[1]
Larangan Arak Dalam Agama Buddha
Di dalam Pancasila (lima sila) ajaran Buddha, sila terakhir menyatakan perlu menghindari minuman yang memabukkan. Sebutan di dalam bahasa Pali
“Suramerayamajja pamadatthana veramani sikkhapadam samadiyami” yang bermaksud menahan diri daripada meminum minuman memabukkan. Dan dari ayat ini terdapat banyak pandangan dari kalangan ilmuan Buddha dalam menghurai larangan ini. [2]
Malah ilmuan Buddhis sendiri seperti Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts menyatakan sekiranya seseorang itu mengambil sedikit sahaja minuman keras tetap juga dilarang. Begitu juga dengan ilmuan yang lain:
“The Vibhanga states that even as little as a drop the size of a dewdrop on the tip of a balde of grass is enough to constitute a violation. So, having even small glass of wine, even if it does not make one drunk, is a transgression.”[3]
“It it known that intoxicants even in small amounts can make one less sensitive, heedless and easily swayed by the defilements. As one starts to enjoy getting high on intoxicants, the effect becomes addictive and usage increases.”[4]
Larangan Arak Dalam Agama Kristian
Di dalam Perjanjian Lama terdapat banyak ayat mengenai larangan meminum arak:
a) Imamat 10:9,
b) Bilangan 6:3,
c) Ulangan 29:6,
d) Hakim-Hakim 13: 4,
e) 1 Samuel 1: 15,
f) Amsal 20: 1, 31: 4-6,
g) Yesaya 5: 11, 22: 24: 9, 28: 9,
h) Mikha 2: 11
Manakala larangan-larangan dalam perjanjian baru dalam Injil Lukas 1: 15 dan Efesus 5: 18.
Larangan Arak Dalam Agama Hindu
Ayat yang melarang meminum arak dalam kitab suci Hindu:
a) Rigveda buku 8 hymn 2 ayat 12 ,
b) Rigveda Buku 8 hymn 21 ayat 14,
c) Athravaveda 6: 70: 1,
d) kitab Manusmriti 7: 47-50,
e) Manusmriti: 11: 55,
f) Manusmriti 11: 91.
g) Malah di dalam Kitab Manusmriti juga melarang menjual arak dalam Manusmriti 9: 225.
Di dalam Hindu dibezakan diantara minuman Soma dan juga Sura. Soma ialah minuman yang digunakan untuk ritual keagamaan (zaman Vedik) dan dikatakan ia sejenis minuman memabukkan yang banyak kali disebut di dalam Veda (Rig Veda:1:116:7, 8:2:12, 10:131:4-5) tetapi resepi air ini sudah pupus dan tidak dapat dibuat sekarang. Ada yang mengatakan ia dibuat dari susu dan ada dikatakan ia dibuat dari sebuah pohon yang menjalar di gunung.[5]
Manakala Sura pula adalah minuman beralkohol sepertimana arak-arak yang sedia ada pada hari ini.[6] Menurut Madhavi Bhaskar Kokhatkar di dalam jurnalnya Review: Surā, The Liquor And The Vedic Sacrifice mengatakan minuman Sura atau arak ini dilarang di dalam agama Hindu.[7]
Walaupun Veda membenarkan meminum Soma, pada masa yang sama ia juga melarang meminum minuman yang beralkohol (Sura):
“Minda yang lemah orang yang mengambil daging, minuman keras, dadu di papan judi, lelaki yang ghairah (ni-han) pada seorang perempuan- begitu juga biarkan pikiranmu, wahai yang tak terhindar (aghnya) kuatkanlah anakmu.” (Athravaveda: 6: 70: 1)
Ini menunjukkan bahawa meminum minuman keras adalah dilarang malah di dalam kitab Manusmriti terdapat banyak larangan mengenai larangan meminum Sura:
“Killing a Brahmana, drinking (the spirituous liquor called) Sura, stealing (the gold of a Brahmana), adultery with a Guru's wife, and associating with such (fenders), they declare (to be) mortal sins (mahapataka).” (Manusmriti: 11: 55)
“A twice-born man who has (intentionally) drunk, through delusion of mind, (the spirituous liquor called) Sura shall drink that liquor boiling hot; when his body has been completely scalded by that, he is freed from his guilt.” (Manusmriti 11: 91)
Malah tidak menjadi isu apabila ketua Menteri negeri Bihar, Nitish Kumar mengharamkan arak di negeri majoriti Hindu itu pada awal April 2016.
Larangan Arak Dalam Agama Sikh
Dalam kitab agama Sikh Guru Granth Sahib Ji himpunan Guru Gobing Singh terdapat larangan meminum arak menurunkan kecerdasan dan merosakkan fikiran:
ਜਿਤੁ ਪੀਤੈ ਮਤਿ ਦੂਰਿ ਹੋਇ ਬਰਲੁ ਪਵੈ ਵਿਚਿ ਆਇ ॥
“Drinking the wine, his intelligence departs, and madness enters his mind” (Sri Guru Granth Sahib: hlm 554)
Di dalam agama Sikh juga terdapat 5 larangan asas antaranya:
1) Tidak boleh potong rambut
2) Tidak boleh berkelakuan buruk
3) Tidak boleh merokok
4) Tidak boleh memakan daging yang disembelih
5) Tidak boleh minum arak
Larangan Arak Dalam Agama Islam
Di dalam Islam, jika mahu dibandingkan bilangan dalil larangan minuman keras berbanding agama lain, tidaklah sebanyak terdapat di dalam Bible dan juga kitab-kitab Hindu. Akan tetapi oleh disebabkan muslim itu bermaksud seseorang yang tunduk patuh kepada arahan Allah maka kuantiti bilangan larangan itu bukan perkara utama kerana apa yang utama adalah mereka mengikut segala aturan yang disebutkan di dalam kitab suci. Sebab itu dilihat orang Islam lebih sensetif terhadap larangan ini. Di dalam al Quran terdapat beberapa ayat yang menyebut mengenai larangan arak:
a) Surah al-Ma’idah: 90,
b) b) Surah Al-Baqarah: 219,
c) c) Surah an-Nahl: 97
Amalan Agama Menggunakan Arak
Adapun sebahagian agama animisme dan agama penyembah roh, kebiasaannya mereka akan menggunakan arak sebagai ritual keagamaan mereka. Hal ini boleh dilihat sebahagian besar Cult di Afrika dan masyarakat Afrika Amerika yang menggunakan arak di dalam amalan mereka seperti ajaran Candomble, Kumina, Voodoo, Umbanda, Quimbanda, Santeria dan lain-lain.
Disamping itu juga, terdapat juga ajaran Kristian khususnya yang turut menggunakan arak di dalam ritual mereka. Sebab itu apabila dilihat sebahagian Kristian seperti Black Christ turut menggunakan arak disebabkan sinkretisme amalan masyarakat (animisme) mereka dengan ajaran Kristian yang disampaikan oleh pendakyah Kristian sehingga wujudnya pengambilan arak di dalam agama. Akan tetapi di Malaysia, perkara ini tidak ada dan tidak berlaku. Maka ia tidak boleh menjadi hujah kepada ia adalah anjuran ritual agama.
Kesimpulan
Jika dibandingkan antara kebaikan dan keburukkan dari kesan meminum arak nescaya senarai keburukkannya terlalu banyak untuk disenaraikan. Malah dengan pengambilan arak juga manusia boleh terjebak dengan jenayah yang lain-lain kerana akal mereka sudah tidak stabil lagi. Sebab itu terdapat akta mengenai kesalahan memandu dengan pengaruh alkohol di seluruh dunia. Malah jika difikir secara logik, sekiranya seorang individu yang mabuk boleh memberi kesan yang mudharat kepada orang awam apatah lagi sekiranya perkara itu dilakukan secara besar-besaran, pasti impak dan kesan dari orang yang mabuk itu memberi kesan yang lebih teruk kepada orang awam.
Demikian itu, isu ini tidak relevan hanya dibincangkan di bawah rangka kebebasan beragama kerana tidak ada agama di Malaysia yang ‘membebaskan’ meminum arak. Kedua, isu ini perlu juga dibincang dibawah kesan dan mudharat yang bakal menimpa dari pesta orang ramai yang mabuk boleh memberi impak yang buruk kepada masyarakat. Ketiga, program sebegini tidak menguntungkan masyarakat dan negara malah membawa kepada kerosakkan moral, fizikal dan juga mental masyarakat.
Oleh itu masyarakat masyarakat muslim, buddhis, kristian, hindu, dan sikh yang benar-benar mengikut ajaran agama perlulah bersatu untuk menjauhi bahana arak yang jelas memberi kesan buruk kepada masyarakat. Nilailah isu ini dari sudut yang luas dan bukan sahaja hanya fikir untuk keseronokkan dan keuntungan penjualan arak sahaja.
Seorang manusia yang waras dan rasional sudah pasti akan menjauhi arak. Sebuah kisah sebagai penutup yang diceritakan oleh ilmuan Buddhis Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts:
“There once was a man who wanted to “just have a little drink,” but he did not have a dish of food to go with it. Seeing that his next-door neighbour was raising an old hen that was cackling away, he stole the hen and killed it to make a dish to eat while he drank his liquor. Thus he had broken the precepts against killing and stealing in one fell swoop. When the lady of the house next door came home and asked about her hen, the man told her that he had not seen it, thereby breaking the precept against lying. By now the man was a bit drunk, and seeing how beautiful the woman was, he started flirting with her and touching her in an indecent manner."
"Consequently, he also broke the precept against sexual misconduct. It was because of consuming intoxicants that all five precepts were broken in one stroke.”
Dengan hanya bermula sedikit ia boleh menyebabkan manusia melanggar semua hukum hakam dan ia diumpamakan ibu segala kejahatan. Sesuai dengan sebuah hadis mengatakan: الخمر أم الخبائث “Arak itu ibu segala kejahatan” (Silsalat al-Hadith as-Sahiha no: 1854).
Nota akhir:
[1] Lihat – (February 2017) Journal National Geographic: The Birth Of Booze Our 9000 year Love Affair With Alcohol, vol 231 no 2, hlm 48-49
[2] Lihat Aggacita Bhikkhu (2010). The Importance of Being Morally Virtuous, Sasanarakkha Buddhist Sanctuary, Taiping, hlm 65-71 / Lihat Bikhu Dhammavuddho Mahathera, (2011). Pesanan Buddha, Sangha Foundation, Perak hlm 4 / Lihat – (2014). Buddha & Me: For Biginners, Ti-Ratana Buddhist Society, Kuala Lumpur, hlm 41 / Dr. K. Dhammananda, (2002). What Buddhists Believe, Buddhist Missionary Society Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 210-211.
[3] Lihat Veberable Fa Xun (2011). One Life Five Precepts, Shi Faxun, hlm 73
[4] Lihat Chan Khoon San (2002). Introductory Course in Buddhism, Selangor Buddhist Association, Kuala Lumpur, hlm 89
[5] Lihat Mark Cartwright (2016). Ancient History Encyclopedia: Soma - http://www.ancient.eu/Soma/
[6] https://beerinindia.wordpress.com/tag/sura/
[7] Madhavi Bhaskar Kokhatkar (1999). Surā, The Liquor And The Vedic Sacrifice, D.K Printworld, India, hlm 140
R&D Team MRM
bhikkhu 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
[KARMA, TIDAK ADA DALAM ISLAM !]
Perkataan Karma sering kali digunakan oleh masyarakat Muslim Melayu apabila berbicara tentang kemalangan atau sesuatu kecelakaan. Perkataan Karma yang sering digunakan oleh sebahagian orang kita adalah dengan membawa maksud kepada berlakunya sesuatu perkara buruk (balasan) ke atas individu.
Ramai dikalangan masyarakat kita yang masih tidak mengetahui bahawa konsep kepercayaan Karma ini adalah konsep kepercayaan agama. Ia tidak sama dengan konsep dosa dan pahala di dalam Islam. Karma lebih bersifat perbuatan yang disertakan dengan kepercayaan kelahiran semula (reinkarnasi) dan juga beberapa kepercayaan lain.
APA ITU KARMA
Karma berasal dari perkataan Sanskrit (istilah dalam Hindu) atau Kamma dari perkataan Pali (istilah dalam Buddha). Secara literalnya ia bermaksud perbuatan. Ia adalah kepercayaan berasal dari masyarakat India kuno yang mana mereka percaya hasil dari setiap perbuatan manusia itu pasti akan ada akibat atau balasan. Balasan dan akibat itu dikenali sebagai Vipaka.[1]
Karma atau Kamma di dalam agama Hindu dan Buddha adalah suatu perbuatan yang dapat membuahkan hasil (Vipaka), dimana perbuatan baik akan menghasilkan kebahagiaan dan sebaliknya perbuatan jahat juga akan menghasilkan penderitaan atau kesedihan bagi pembuatnya.
Semua perbuatan yang dilakukan atau disertai dengan keinginan atau kehendak berbuat sesuatu (cetana: niat) ia merupakan Karma. Kehendak dapat bermaksud berniat, keinginan, kemahuan, kesengajaan atau adannya rencana berbuat. Buddha berkata di dalam kitab Sutta Pitaka:
“Wahai Bhikkhu! Kehendak berbuat sesuatu (cetena: niat) itulah yang kami namakan Kamma.” (Anguttara Nikaya 3 : 415)
Perbuatan yang tidak mengandungi unsur kehendak atau niat dengan sendirinya tidak tergolong dari Karma yang dapat menimbulkan akibat atau hasil perbuatan.[2] Perbuatan terbahagi kepada dua:
1. Perbuatan baik: Dalam istilah Buddha disebut ‘Kusala-kamma’. Istilah Hindu disebut ‘Punya’
2. Perbuatan jahat: Dalam Istilah Buddha disebut ‘Akusala-kamma’. Istilah Hindu disebut ‘Papa’[3]
Di dalam Hindu dan Buddha, mereka percaya setiap perbuatan yang manusia lakukan di dunia ini akan terikat dengan hukum Karma ini. Yang mana hasil daripada karma ini akan memberi balasan kepada setiap perbuatan manusia itu. Sekiranya perbuatannya baik maka balasannya baik dan sebaliknya.[4]
Pembalasan terhadap karma itu bukan sahaja dibalas ketika hayat hidupnya seseorang, malah ia membawa kepada kehidupan seterusnya iaitu kelahiran semula (samsara: reinkarnasi). Oleh itu, konsep Karma inilah yang memberi penjelasan di dalam Hindu dan Buddha mengenai persoalan seperti mengapa dunia ini memiliki sengsara, penjelasan mengapa wujudnya manusia dilahirkan cacat, mengapa adanya orang dilahirkan senang dan ada dilahirkan keadaan susah, mengapa ada orang dilahirkan dengan ciri-ciri suci dan ada orang dilahirkan hidupnya kecenderungan jenayah? Dan lain-lain.
Menurut agama Buddha, ‘ketidaksamaan kelahiran’ ini adalah disebabkan bukan sahaja oleh keturunan, alam sekitar, atau alam semula jadi, tetapi disebabkan Karma. Dalam erti kata lain, ia adalah hasil tindakan masa lampau individu itu sendiri. Bagi mereka, setiap individu bertanggungjawab untuk kebahagiaan dan kesengsaraan diri mereka sendiri.
ISLAM & KONSEP KARMA
Di dalam Islam setiap muslim yang mukallaf akan terikat dengan dosa dan pahala. Konsep dosa dan pahala ini tidak sama dengan Karma, Papa dan Punya di dalam agama Hindu. Dosa dan pahala dalam Islam ini merupakan bentuk ganjaran yang diberikan Allah. Setiap perbuatan yang dilakukan beserta dengan niat akan diberikan ganjaran samada pahala atau dosa. Ia bersifat metafizik. Berdalilkan di dalam al Quran, yang bermaksud:
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan” (Surah Al Anbiya’: 47)
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah al Zalzalah: 7-8)
Manusia itu apabila meninggal dunia, Allah akan kumpulkan semuanya di akhirat dan ditimbang setiap amalan (pahala dan dosa) samada mereka akan ke syurga atau nereka.
Berbeza dengan konsep Karma yang bersifat balasan ke atas perbuatan dengan hukuman dari sudut balasan fizikal dan mental samada ketika hayatnya atau kelahiran semula. Mereka perlu melakukan Karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang atau manusia.[5] Selagi mana seseorang penganut Hindu atau Buddha itu gagal mencapai karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula sehinggalah mereka perlu mencapai Mokhsa atau Nibbana untuk menghentikan kitaran itu.
KIFARAH ITU BUKAN KARMA?
Di dalam Islam terdapat konsep Kifarah. Kifarah ialah denda atau tebusan untuk menghapuskan kesalahan kerana melakukan dosa. Samada ia berbentuk denda seperti membebaskan hamba, memberi makan kepada fakir miskin atau berpuasa untuk menebus kesalahannya. Kifarah juga boleh berlaku apabila seseorang itu diberi kesakitan dan musibah di atas ketetapan hatinya untuk meninggalkan maksiat atau dosa yang pernah dilakukan.
Begitu juga dengan sakit yang lain, Allah juga akan mengampunkan dosanya di atas kesabaran seseorang hambanya yang ditimpa kesakitan dan musibah. Disebut di dalam sebuah hadis shahih yang bermaksud:
”Tidaklah daripada seorang Muslim yang tercucuk duri hingga apa-apa yang lebih berat daripadanya, kecuali dicatat baginya darjat dan dihapus daripadanya dengan hal itu kesalahan (Shahih Muslim: no 2572).
Kesakitan dan musibah yang disusuli dengan sabar, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya. Dan tidak diketahui dosa mana yang dihapuskan. Ia tidak sama dengan karma:
1) Karma sepenuhnya perlu dibalas dengan perbuatan baik sehingga mencapai Mokhsa, manakala kifarah adalah penghapusan sebahagian dosa yang disusuli dengan musibah.
2) Karma adalah doktrin yang terikat dengan kelahiran semula (reinkarnasi) manakala kifarah tidak terikat dengan fahaman reinkarnasi.
3) Karma adalah perkara mutlak yang perlu dilakukan. Kifarah adalah balasan yang Allah berikan kepada mana-mana hambanya.
Kesimpulan
Oleh itu jelas bahawa konsep kifarah dosa di dalam Islam berbeza dengan konsep Karma. Di dalam Islam tiada istilah kelahiran semula ke dunia (reinkarnasi), manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk neraka atau ke syurga. Oleh itu jelas hukum Karma itu sangat tidak bertepatan dengan mana-mana konsep di dalam Islam samada konsep balasan dosa, pahala atau kifarah.
Oleh itu, umat Islam haruslah peka terhadap penggunaan perkataan ini kerana ia adalah jelas merupakan doktrin di dalam agama Hindu dan Buddha. Doktrin ini tidak sama dengan apa yang diajarkan oleh Islam. Untuk memahami falsafah Karma di dalam Hindu dan Buddha boleh dibaca kajian akademik yang ditulis oleh Dr. Muhammad Mihlar Abdul Mutalib dalam kitab “Falsifati Karma al Hindusiyyah wa Mauqif al Islam Minha” terbitan USIM.
Wallahua’lam
Nota kaki:
[1] Lihat Buddhasa Bhikhu, (2017). Kamma In Buddhism, Nalanda Buddhist Society, Selangor, hlm 4
[2] Lihat Narada, (1988). The Buddha and His Teachings, Buddhist Missionary Society Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 352-353
[3] Muhammad Mihlar Abdul Mutalib, (2016). فلسفة الكارما الهندوسية وموقف الإسلام منها, Penerbit USIM, Nilai, Negeri Sembilan, hlm 23
[4] Lihat Rasamandala Das, (-). The Illustrated Encylopedia of Hinduism, Lorenz Books, hlm 72-73
[5] Lihat Narada, (1988). The Buddha and His Teachings, Buddhist Missionary Society Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 352-353/ Lihat Jeffrey Armstrong, (2007). Karma: The Ancient of Cause and Effect, Mandala Wisdom Library, California 34-35
R&D TEAM MRM
bhikkhu 在 聶寶 Youtube 的最讚貼文
喜歡我的影片可以到我粉絲團https://www.facebook.com/nielnieh345NieBao
實況台連結http://zh-tw.twitch.tv/nielnieh345
常實況一些PS3、PS4、PC的遊戲

bhikkhu 在 mimi33333333 Youtube 的最讚貼文
#07 別府 海地獄・鬼石坊主地獄・山地獄:九州 大分・熊本の旅
http://miminome.blogspot.jp/2015/05/07.html
ゴールデンウィークの旅。
九州 大分・熊本の旅。
地獄めぐり四ヵ所目。
鬼石坊主地獄。
小さな泥の池が数か所あります。
湧き出る熱泥。
この地獄の呵責は陰湿だね。。
I went to Kyushu.
Beppu has 8 Jigoku.
This is Oniishibouzu-jigoku (Bhikkhu Hell).
Pond of heat mud.
Mud is boiling.
ビデオカメラは SONY HDR-PJ790V を使って撮影しました。
60pでの撮影です。
編集はEDIUS 6.5です。
A video camera is SONY HDR-PJ790V.
チャンネル登録
Subscribe
http://www.youtube.com/subscription_center?add_user=mimi33333333
関連動画
Related Video
Toi Onsen 土肥温泉の宿も魚地獄:Gourmet Report グルメレポート
https://youtu.be/fO55alIpWk8
Kinosaki Onsen night walk,Japan 城崎温泉 城崎にて 外湯めぐりはフローズン:旅
https://youtu.be/-goGQganiHc
みみの目
http://miminome.blogspot.jp/
Mimi-San's Eye(English Blog)
http://mimi-sans-eye.blogspot.jp/
みみの目ムービー
MIMINOME-MOVIE
みみさん
Mimi-san

bhikkhu 在 Akāliko Bhikkhu - Home | Facebook 的推薦與評價
Akāliko Bhikkhu. 891 likes · 105 talking about this. Bhante Akaliko is a monk in the Theravadan forest tradition. ... <看更多>
bhikkhu 在 What Makes a Life Truly Worthwhile? | Bhikkhu Bodhi - YouTube 的推薦與評價
... <看更多>