AGENDA PERTAMA MUAFAKAT NASIONAL BUKAN PRU 15?
Oleh:
Mohd Zuhdi Marzuki
AJK PAS Pusat
Pasca Himpunan Penyatuan Ummah (HPU 914), terdapat beberapa pihak termasuk ahli-ahli akademik yang menyuarakan bahawa halatuju Muafakat Nasional tidak jelas meskipun piagam yang berkaitan dengannya telah dimeterai. Saya meyakini tanggapan mereka seperti itu adalah disebabkan mereka mahu satu paparan yang jelas tentang peta jajaran (roadmap) Muafakat Nasional menuju Pilihanraya Umum ke-15 (PRU 15).
Mereka mungkin mahu mengetahui tentang apakah manifesto Bersama, formula pembahagian kerusi, bayangan barisan kabinet dan lain-lain. Sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS sebelum, HPU 914 ini baru permulaan (baru buka dengan bacaan al-Fatihah), manakala PRU 15 masih jauh ke hadapan. Malah sekiranya perkara-perkara berkaitan PRU 15 telah wujudpun ia bukan untuk dikongsi umum atau belum tiba masanya untuk didedahkan.
Sebenarnya seusai sahaja HPU 914, agenda pertama Muafakat Nasional bukan PRU 15 tetapi satu kempen atau usaha besar-besaran untuk menyelamatkan negara Malaysia dan rakyatnya. Keempat-empat pimpinan PAS dan UMNO yang berucap semasa HPU 914, Presiden PAS, Presiden UMNO, Setiausaha Agung PAS dan Setiausaha Agung UMNO, membangkitkan keperluan menggembeling usaha untuk segera menyelamatkan negara.
Tempoh menunggu PRU 15 hampir empat tahun lagi memungkinkan PH melumpuhkan negara Malaysia menjadi sebuah negara gagal (fail state) sebagaimana yang diutarakan oleh Presiden UMNO. Presiden PAS pula menyebut keharmonian rakyat telah dirosakkan oleh hantu-hantu penjajah dan kestabilan negara diganggu oleh makhluk-makhluk perosak. Jelas sekali, kedua-dua pimpinan utama ini telah meniupkan semboyan untuk segera menyelamatkan negara.
Selepas Pakatan Harapan (PH) memperolehi kuasa pada 9 Mei 2018, satu persatu kerosakan negara telah berlaku dan ia semakin menjadi-jadi selepas ulangtahun pertama mereka berkuasa pada 9 Mei 2019 baru-baru ini. Kerosakan negara yang semakin ketara berlaku sekarang boleh dilihat kepada empat situasi berikut:
1. Malaysia Baharu telah meruntuhkan tonggak-tonggak kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan negara sehingga sudah mula bibit-bibit ketidakstabilan politik dan ketidakharmonian kaum.
2. Kerajaan PH telah menjadi sebuah kerajaan yang lebih teruk terpalit dengan korupsi, kronisme dan nepotisme sehingga bukan sahaja merosakkan malah mengancam kedaulatan negara dengan kewarganegaraan palsu, penjualan aset negara kepada pihak asing dan seumpamanya.
3. Malaysia Baharu telah terjerumus ke kancah kegawatan ekonomi yang serius dengan peningkatan hutang negara yang mendadak, penurunan nilai ringgit, penurungan harga barangan komoditi, kehilangan modal asing yang besar, kenaikan kos hidup dan lain-lain.
4. Kerajaan PH telah terbukti sebagai sebuah kerajaan kakistokrasi (kerajaan lemah) dengan barisan menteri-menteri yang tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menunaikan janji-janji pilihanraya mereka sendiri serta tiada formula baru untuk memajukan negara.
Melihat kepada situasi-situasi yang semakin parah ini, agenda pertama Muafakat Nasional tidak boleh tidak harus segera menggembelingkan seluruh rakyat berbilang kaum untuk menyelamatkan negara Malaysia. Ketika para pemerhati politik menunggu-nunggu pelan menghadapi PRU 15, mereka mungkin terlupa ada agenda segera yang perlu dilakukan. - Harakahdaily
ULASAN PAPA
Saya amat bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh saudara Mohd Zuhdi Marzuki AJK PAS pusat. Tugas pertama Muafakat Nasional adalah menyelamatkan negara dari terus hancur dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga yakin, rakyat Malaysia sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain - lain juga bersetuju agar Malaysia diselamatkan dengan segera.
InsyaAllah, masa nya akan tiba dan setiap dari kita perlu bersedia untuk melakukan perubahan demi menyelamatkan Malaysia.
#PenyatuanUmmah
#MuafakatNasional
#KerajaanBumiputera
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過6,750的網紅Shukri Vlogs,也在其Youtube影片中提到,‼️SEMBOYAN PERTAHANKAN 5 RIDER FOODPANDA YANG DITAHAN KERANA BELA ISLAM‼️ #hinaallah #hinaagamaislam #semboyanmalaysia #riderfoodpandamengamuk #i...
「semboyan malaysia」的推薦目錄:
- 關於semboyan malaysia 在 Papa Azri Facebook 的最佳貼文
- 關於semboyan malaysia 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最佳解答
- 關於semboyan malaysia 在 Ayahanda Abdul Rani Kulup Facebook 的精選貼文
- 關於semboyan malaysia 在 Shukri Vlogs Youtube 的精選貼文
- 關於semboyan malaysia 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於semboyan malaysia 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
semboyan malaysia 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最佳解答
・・・
SEMBOYAN SUDAH BERBUNYI! MALAYSIA BOLEH! 💪🏼🇲🇾
.
Jalur Gemilang telah diserahkan, Ikrar sudah dilafazkan, kuatkan semangat, teruskan perjuangan, Ayuh! Ayuh Perwira Malaysia. Buktikan kemampuan anda di Temasya Sukan Asia 2018.
.
Sebentar tadi berlangsungnya Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia 2018. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, @chedetofficial . Turut hadir, YAB Timbalan Perdana Menteri @drwanazizah , Menteri Belia dan Sukan, YB @syedsaddiq , Menteri-Menteri Kabinet serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB @scheekeong .
.
Bagi menyatakan penghargaan atas sokongan YAB PM kepada Kontinjen Malaysia, beliau terlebih dahulu disarungkan jaket Rimau Malaysia oleh ‘The Pocket Rocketman’ @azizulawangofficial . YAB PM seterusnya telah menyampaikan ucapan dan beliau yakin bahawa kontinjen Malaysia kali ini mampu mencipta kejutan dan mempamerkan aksi terbaik untuk berada di kelompok negara terbaik Asia di temasya ini. YAB PM juga telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada CDM Malaysia ke Temasya ini, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang seterusnya diserahkan kepada pembawa Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia iaitu atlet karate, Saudari @syakilla_21 . Bacaan ikrar juga telah dipersembahkan kepada seluruh kepimpinan negara dan rakyat Malaysia yang diketuai oleh jaguh silat negara, @jufferijamari .
.
Temasya Sukan Asia 2018 akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September 2018 bertempat di Jakarta-Palembang, Indonesia. Kontinjen Malaysia akan menghantar seramai 426 atlet bagi menyertai 34 jenis sukan yang dipertandingkan di temasya ini.
.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Kontinjen Malaysia @myteammas . Ayuh rakyat Malaysia, nyatakan sokongan padu anda kepada wira-wira kita. Malaysia Boleh!
semboyan malaysia 在 Ayahanda Abdul Rani Kulup Facebook 的精選貼文
Huah huah huah ... ayah nak anak ayah tolong kutip bahadur ni.. ayah tak tahu sejak bila Mydin dah baiah budak ni..baca Alif ba ta pon pak aji mata buta.. macam mana nak baca Bismillah. Syarat baiah dengan ayah mesti MELAYU. Bodoh2 otak kau pon janji Melayu sebab Melayu tak reti menipu..ini sunggoh biaDAP!. Jangan sampai ayah tiop semboyan ayah.. satu Malaysia boleh mari. Jilake///
semboyan malaysia 在 Shukri Vlogs Youtube 的精選貼文
‼️SEMBOYAN PERTAHANKAN 5 RIDER FOODPANDA YANG DITAHAN KERANA BELA ISLAM‼️
#hinaallah
#hinaagamaislam
#semboyanmalaysia
#riderfoodpandamengamuk
#isuhinaagama
#dibelasahfoodpanda
#dibelasahfoodpandakeranahinaislam
#foodpandamengamuk
#riderfoodpanda
#riderturunpadang
#sungaiway
#isuhinaagama
#janganmainagama
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/oSBqFBaU04o/hqdefault.jpg)
semboyan malaysia 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
Dalam video ini, Budiey nak senaraikan 5 buah syarikat teknologi popular yang berpangkalan di Israel. Kalau sebelum ini kita dapat banyak info dan video tentang peperangan itu, tapi tak ramai di antara kita yang tahu tentang Israel ni sebenarnya memiliki kepakaran dalam bidang teknologi yang membolehkan syarikat-syarikat teknologi yang berpangkalan di sana berada di mata dunia.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/SgtASkPNYTY/hqdefault.jpg)
semboyan malaysia 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
Ikuti temubual eksklusif bersama bekas bintang Hero Remaja, usahawan dan juga pengasas Absout Chocolat, Ben Ali yang mengimbas kembali memori jatuh bangun dalam dunia selebriti dan bisnes. #BORAKSINIHABISSINI #BENALI
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/AyKNObM_0mQ/hqdefault.jpg)