PRESS STATEMENT: THE ISRAEL-PALESTINE CRISIS: WHY IT IS NOT LONGER ABOUT RELIGION BUT CRIMES AGAINST HUMANITY
1. Malaysia is deeply saddened and disappointed by the war crime and violent attack by the Israelites against Palestinians which obviously violates the 1949 Fourth Geneva Convention. The heartless and cruelty of the Israeli’s regime of violence and widespread bombing has clearly violated the international law, human rights law, international humanitarian law and the Charter of the United Nation.
2. As I follow closely with the latest developments and news updates in Palestine, I am deeply disturbed and devastated to know that until now, the UN Security Council has not issued any statement on the current situation in Palestine even after reports by the Palestinian Health Ministry on the innocent and brutal death of 213 Palestinians and 1,500 civilians greatly injured in the attacks. Why is the UNSC ignoring this? Why are the Palestinians getting murdered daily in the land that belonged to their ancestors? It is only natural for them to defend their land and home from the attacks of the Israeli militaries’ attempt in forcefully expelling the residents from Sheikh Jarrah’s neighbourhood. Palestinians are not terrorist. Palestinians are human beings and all humans have the right to live freely without fear. Innocent children in Gaza should not be killed and must be protected at all cost.
3. The international community especially the UN Security Council should act swiftly in compelling Israel to stop its oppressive and violent attacks on Palestine. The cruel and despicable actions of the Israeli military, without a slight hint of compassion and mercy for Palestinians must be strongly condemned not only in Malaysia but also the rest of the world. This is not an issue of religion. A person doesn’t have to be a Muslim in order to stand and support Palestine. This is a worldwide issue and plight. We must collectively stand together in voicing out our repugnance on this wicked crime by Israel.
4. The Malaysian government has also reiterated their stand in consistently giving their strong political, economical and moral support to Palestine. Malaysia will also continue to support all efforts for a peaceful, just and lasting solution through negotiation involving all relevant parties based on international laws and the relevant UN resolutions.
5. I stand in solidarity and support in saving Palestine from the hands of tyrants. I condemn the Israeli attacks against Palestinians and call for Israel to immediately stop its aggression across the territory of Palestine. Don’t lose hope, Palestine. We mourn with you. We cry with you. We stand with you. We are praying for you. We are with you until the end.
Ainie Haziqah
EXCO Srikandi BERSATU Malaysia
_________________________________________
Versi Bahasa Melayu
ISU ISRAEL-PALESTIN: BUKAN LAGI ISU KEAGAMAAN, TETAPI ISU KEMANUSIAAN
1. Malaysia berdukacita dan kecewa dengan jenayah perang dan serangan ganas oleh pihak Israel terhadap Palestin yang jelas melanggar Konvensyen Geneva Keempat 1949. Perilaku tidak berperikemanusiaan dan kekejaman rejim keganasan Israel serta pengeboman besar-besaran jelas melanggar undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia, kemanusiaan dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
2. Saya mengikuti perkembangan terkini berita di Palestin, sejak bulan suci Ramadan hingga Aidilfitri dan saya sangat sedih serta kecewa mengetahui bahawa sehingga kini, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) belum mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan semasa di Palestin walaupun setelah laporan Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kematian 213 orang Palestin dan 1,500 orang awam tercedera dalam serangan itu. Mengapa UNSC mengabaikan perkara ini? Bagaimana nasib anak-anak Palestin yang tidak bersalah menjadi mangsa kezaliman ini? Mengapa mereka dibunuh setiap hari disebabkan tindakan keji tentera Israel di tanah milik nenek moyang mereka? Tindakan mereka yang mempertahankan tanah dan kediaman mereka adalah wajar bagi membalas tindakan tentera Israel yang secara paksa mengusir penduduk Palestin dari kawasan Sheikh Jarrah untuk membina penempatan haram orang Yahudi. Palestin bukan pengganas. Palestin adalah manusia dan mereka berhak untuk hidup bebas tanpa rasa takut. Kanak-kanak di Gaza tidak boleh dibunuh. Semua orang awam, pelarian, kanak-kanak, wartawan dan pekerja media mesti dilindungi dengan apa cara sekalipun.
3. Komuniti antarabangsa terutama Majlis Keselamatan PBB harus bertindak pantas dalam memaksa Israel menghentikan serangan yang menindas dan zalim ke atas Palestin. Ini bukan masalah antara agama dan tidak perlu menjadi Muslim untuk menyokong Palestin. Ini adalah isu sejagat. Kita harus bersama dalam menyuarakan bantahan terhadap kezaliman oleh Israel ini. Kerajaan Malaysia juga mengulangi pendirian mereka secara konsisten bagi memberikan sokongan politik, ekonomi dan moral secara padu kepada Palestin.
4. Malaysia akan terus menyokong segala usaha untuk penyelesaian yang damai dan adil melalui rundingan yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang relevan.
5. Saya bersolidariti dan menyatakan sokongan untuk menyelamatkan Palestin daripada kezaliman Israel. Saya mengutuk serangan Israel terhadap Palestin dan menyeru mereka menghentikan segera pencerobohan di seluruh wilayah Palestin. Jangan putus asa, Palestin. Kami menyokong Palestin. Kami menangis bersama Palestin. Kami berdiri bersama Palestin. Kami sentiasa mendoakan Palestin. Selamanya kami bersama Palestin.
Ainie Haziqah
EXCO Srikandi BERSATU Malaysia
perkembangan politik terkini 在 Papa Azri Facebook 的最讚貼文
MAGERAN Pilihan Lebih Baik – Kamaluddin Endol
“Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) 2.0 mampu berfungsi dengan fungsi yang lebih utama berbanding fungsi Parlimen malah jauh lebih baik, berkesan dan pantas untuk menyelesaikan segala permasalahan rakyat dan negara, kata mantan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kamaludin Endol.
Menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini kemelut politik tanah air, beliau menjangkakan tindakan menghidupkan kembali MAGERAN 2.0 adalah paling wajar dilaksanakan Seri Paduka Baginda.
Jelas beliau lagi, sewajarnya 70 peratus ahlinya perlulah terdiri dari kalangan profesional dan selebihnya 30 peratus anggotanya dari ahli-ahli politik yang berkelayakan sahaja.
“Sudah tentu baginda boleh memanggil untuk mewujudkan MAGERAN 2.0 ini yang bertujuan mentadbir semula negara dengan ahli-ahlinya juga boleh dilantik daripada kalangan profesional dan perkhidmatan awam seperti MAGERAN 1.0 sebelum ini,” kata Kamaludin kepada Samudera.
Ditanya apakah tujuan MAGERAN 2.0 ini, Kamaludin berkata, MAGERAN 2.0 kali ini bertujuan untuk melaksanakan Agenda Reset Malaysia.
Tegas beliau, sudah tentu ahli Parlimen tidak akan berpuas hati dalam hal ini kerana kepuasan hati mereka tidak sama dengan kepuasan hati rakyat.
Bagaimanapun, MAGERAN 2.0 ini diwujudkan dengan matlamat kerana adanya suatu kepercayaan kepada satu sistem hidup yang jauh lebih baik dan ia akan terus berfungsi bagi mengisi keperluan semasa dan yang akan datang.
“Jadi tidak menjadi masalah dengan tempoh masa darurat itu walaupun pandemik ini berlanjutan dan perintah darurat diperpanjangkan, malah ianya adalah lebih baik dan terkawal,” katanya
perkembangan politik terkini 在 ROTIKAYA Facebook 的精選貼文
MALAYSIA PETANG INI – 20 Julai 2020, Isnin
SIARAN LANGSUNG: 4.00 – 5.00 Petang
BLOK 1
Perutusan Khas Perdana Menteri – Perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Tetamu di talian
Md Shukri Shuib
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa
UUM
BLOK 2
Kemaskini COVID-19
- Korban COVID-19 di seluruh dunia kini lebih 608,000
- India catat jumlah kes harian tertinggi
- Arab Saudi lapor 39 kematian baharu, 2,504 kes jangkitan
- Penyelidikan baharu temui kanak-kanak boleh pindahkan COVID-19 sama seperti individu dewasa
- 3 kluster baru dikesan
(Kluster Rumah Kongsi Sepang, Kluster Restoran KL, Kluster Jeti Kuching)
Tetamu di talian
Prof. Madya Dr. Malina Osman
Pakar Kesihatan Awam
Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi Perubatan UPM
BLOK 3
Perkembangan terkini dan isu-isu lain
1. Selamat Kembali Utusan Malaysia, Kosmo!
2. Kecewa mural diconteng - (latest) kakitangan MBSA lakukan kerja-kerja memadam mural
3. Kucing dibakar: Ganjaran RM10,000 untuk individu tampil beri maklumat tepat
4. Selepas pawagam, kini sarkas pula dipersembahkan secara pandu masuk
5. Raja Arab Saudi dimasukkan ke hospital
6. PDRM kaji senaraikan penipuan dalam talian dalam indeks jenayah
7. Parlimen: Jabatan Perumahan Negara teliti laporan pendapatan, harga rumah mampu milik
8. Parlimen: Situasi tenaga buruh terus kukuh selepas PKPP
Tetamu di talian
Datuk Abdul Halim Mansor
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Hos: Shuhaimi Mohamed & Tawfiq Isa
Penerbit: Shahrul Aini Saharan
Pen. Penerbit: Ain Syuhada Ahmad Bohari