bila en suami minta belikan kimchi....tetiba rasa kedekut😅.
benda kita boleh buat...boleh jimat kenapa nak kena beli😬.
anggaran kos bahan mentah tak sampai rm 10 boleh dapat 3 bekas.
secukup rasa seadanya😊.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
========================
Bahan-bahannya:
1. Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
2. Sebiji carrot merah - hiris nipis
3. Sebiji carrot putih - hiris nipis
4. Segenggam daun bawang - potong sederhana panjang
5. 5 ulas bawang putih *
6. Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
7. Satu inci halia tua *
8. 5 sudu sos ikan *
9. 2 sudu kecil gula merah *
10. 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
11. Garam halus secukupnya
12. 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
CARA-CARANYA:
=============
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh....berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gamba tak beresepi. Ingatkan tak laku😅😅😅
Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.💕💕💕
Pada yang suka kimchi...sukalah. Yang kata masam@ tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.😇
Kredit: noor azmawani
.
.
同時也有36部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,"Pulau Tak Boleh Pergi, Kita Bawak Dia Mari!" Fendi mencipta resepi Char Kuey Tiow gaya Pulau Pinang menggunakan bahan dari Sambaleena, iaitu Sambal K...
「cara masak nasi goreng」的推薦目錄:
- 關於cara masak nasi goreng 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於cara masak nasi goreng 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於cara masak nasi goreng 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於cara masak nasi goreng 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於cara masak nasi goreng 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於cara masak nasi goreng 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
cara masak nasi goreng 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Makan dengan nasi panas memang layan 😋
RESEPI KENTANG IKAN BILIS CILI BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis 1 cawan ( dibasuh dan digoreng)
Ubi kentang 5 biji ( hiris nipis )
Cili merah 1 ( dibelah )
Cili hijau 1 ( dibelah )
Bawang besar 1 ( dihiris )
Bawang putih 3 ulas(dihiris)
Daun kari 2 tangkai
Serbuk kari 1 sudu besar
Cili kisar 5 sudu besar
Kicap Manis 3 sudu besar
Serbuk perasa
Gula
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak , masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan Dan sedikit garing . ( Angkat dan ketepikan )
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup . ( Angkat dan ketepikan )
3. Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau .
4. Perlahankan API , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak .
5. Kemudian masukkan serbuk kari . Gaulkan sehingga sekata .
6. Masukkan kicap , serbuk perasa dan Gaulkan sebati
7. Masukkan cili hijau , cili merah ,ubi kentang dan ikan bilis yg telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika .
8. Siap untuk dihidang .
SELAMAT BERBUKA PUASA😊
Kredit Nurul Ateekah
cara masak nasi goreng 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Sambal ikan kembung😋
Bahan2:
Ikan kembung(goreng dulu)
Cili kisar
Bawang putih,merah
Kicap manis
Cili sos
Asam keping
Gula
Garam
Bawang holand
Cara masak:
Tumis bawang putih, merah(sampai naik bau)masukkan cili kisar korang agak2 laa ikan tu banyak mana,masuk air sikit,kacau2 masuk pulak asam keping,kicap,sos..last sekali gula garam haa siap gu plak dengan nasi panas2 aummmm😬
cara masak nasi goreng 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
"Pulau Tak Boleh Pergi, Kita Bawak Dia Mari!" Fendi mencipta resepi Char Kuey Tiow gaya Pulau Pinang menggunakan bahan dari Sambaleena, iaitu Sambal Ketuk. Jom Saksikan.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ketuk pedas Level 5. Resepi paling senang dan hanya guna 8 bahan sahaja. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Pinggan Kuey Tiow (di basuh)
Udang Segar 3 Ekor
Sambal Ketuk 1 Sudu
Daun Kucai 4 Tangkai
Taugeh Mentah 1 Mangkuk
Sos Cili 1 Sudu
Kicap Manis 2 Sudu
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan penyediaan bahan bahan. Seperti memotong daun kucai mengikut saiz yang di cadang. Basuh semua bahan bahan seperti sayur, kuey tiow & telur.
Mulakan dengan memanas minyak, dan goreng udang sehingga separuh masak. Lebih kurang selama seminit. Selesai menggoreng udang, pecahkan telur dan kacau sehingga hancur.
Seterusnya, letak satu sudu Sambal Ketuk Sambaleena dan campurkan ke dalam telur tadi dan gaul hingga sebati.
Setelah sebati, campur kan kuey tiow ke dalam kuali dan gaul hingga sebati. Pastikan jumlah sambal dan kuey tiow seimbang. Selepas itu, letakkan kicap manis dan sos cili. Gaul hingga sebati.
langkah seterusnya, campur kan taugeh dan daun kuchai dan gaulkan semuanya. Maka dengan itu, Char Kuey Tiow Sambaleena sudah selesai
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #charkueytiow #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/mHVVjt9xiE4/hqdefault.jpg)
cara masak nasi goreng 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Resepi Siakap Goreng Sambal Paling Senang Untuk Semua.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ijo yang digunakan sebagai kuah untuk Ikan Siakap Goreng kita. Resepi paling senang untuk semua orang. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena
3 Bijin Cili Merah & Hijau
1 Biji Bawang Besar
1 Mangkuk Kecil Tepung Gandum
1 Mangkuk Kecil Tepung Beras
Gula & Garam Secukup Rasa
Serbuk Kunyit
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan menyelar ikan mengikut teknik yang ditunjuk oleh Fendi di dalam video. Perapkan ikan dengan garam, gula, kunyit, tepung beras, tepung gandum dan biarkan selama 5 minit.
sementara menunggu, potongkan bawang besar, cili hijau dan potong dengan kecik atau berbentuk kiub.
Selepas itu, panaskan minyak dan mula menggoreng. Lihat dalam video teknik menggoreng yang diajar oleh Fendi. Selesai menggoreng, letak ikan di atas pinggan
Seterusnya, tumis bawang sehingga keemasan, dan letakkan 2 Sudu Sambal Ijo Sambaleena dan tumis sehinga separuh masak, letakkan cili dan sedikit air. Tumis sehingga pekat dan tuangkan di atas ikan yang di goreng tadi.
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #siakapsambalijo #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/8pqKCbKoS4c/hqdefault.jpg)
cara masak nasi goreng 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Selamat Datang ke Resepi Tok di Dapur Fendi, dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Kali ni Fendi nak masak masakan yang sempoi, mempoi, klempoi 3 minit siap satu lauk makan malam. Fendi nak masak sayur lemak taugeh 7 tauhu.
Bahan-bahan untuk memasak:-
Minyak masak
2 ketul tauhu basah
1 batang cili merah
1 biji bawang besar
1 mangkuk kecil ikan bilis
1 mangkuk besar taugeh
1 kotak kecil santan
Gula dan garam
Sedikit air
Cara-cara penyediaan Sayur Lemak Taugeh & Tauhu:-
1. Panaskan periuk bersama minyak masak.
2. Goreng tauhu yang telah di potong sehingga keemasan
3. Kurangkan sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng tauhu tadi, goreng ikan bilis sehingga naik bau
4. Masukkan bawang dan tumis dengan ikan bilis
5. Masukkan cili dan kacau
6. Masukkan sedikit air dan kacau
7. Kemudian masukkan taugeh dan biar seketika
8. Masukkan santan dan kacau hingga sebati
9. Perasakan masakan dengan gula dan garam dan kacau
Sayur Lemak Taugeh & Tauhu sedia dihidang. Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #rasaku #rasayangkurindu
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/-fCRLS6P95Q/hqdefault.jpg)